Tiga cedera dalam insiden tembakan di karnival musim panas di Rotterdam - Laporan

Bernama
Julai 30, 2023 15:48 MYT
Pada Sabtu, seorang lelaki tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan ke arah pengunjung festival itu tetapi tiada kecederaan dilaporkan, menurut polis. - Gambar hiasan
THE HAGUE: Dua kejadian tembakan berlaku di karnival tahunan musim panas di bandar pelabuhan Rotterdam, Belanda, dengan satu daripada insiden menyebabkan tiga orang cedera termasuk penyerang, lapor Sputnik memetik media Belanda.
Pada Sabtu, seorang lelaki tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan ke arah pengunjung festival itu tetapi tiada kecederaan dilaporkan, menurut polis.
Kemudian seorang lagi lelaki melepaskan tembakan di laluan yang sama.
Anggota polis yang berada di situ melepaskan tembakan ke arah penyerang menyebabkan penyerang dan seorang wanita cedera.
Susulan insiden itu, polis Rotterdam menahan tiga orang, menurut badan penyiaran Dutch Broadcasting Foundation.
-- BERNAMA
#kejadian tembakan #karnival tahunan musim panas #rotterdam #Belanda