awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga cedera gempa 6.4 magnitud gegar Xinjiang

Bernama
Bernama
20/01/2020
04:03 MYT
Tiga cedera gempa 6.4 magnitud gegar Xinjiang
Pusat gempa dicatatkan pada 39.83 darjah utara dan 77.21 darjah timur dengan kedalaman 16 km.
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal selepas gempa berukuran 6.4 magnitud melanda Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur China pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.
Gempa itu melanda daerah Jiashi di wilayah Kashgar pada 9.27 malam Ahad (waktu Beijing), diikuti sekurang-kurangnya lapan gegaran susulan, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
Beberapa penduduk di Jiashi berkata mereka merasakan gegaran kuat, terutama yang tinggal di bangunan kediaman bertingkat.
Beberapa penduduk keluar meninggalkan rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Mangsa yang cedera termasuk dua kanak-kanak dan diberikan rawatan oleh kakitangan perubatan, kata anggota penyelamat.
Anggota penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan kerja-kerja memindahkan penduduk sedang dijalankan di kawasan yang terjejas.
Sembilan perkhidmatan kereta api penumpang di zon gempa bumi turut digantung sementara.
Pusat gempa dicatatkan pada 39.83 darjah utara dan 77.21 darjah timur dengan kedalaman 16 km, kata CENC dalam satu kenyataan.
Menurut CENC, satu lagi gempa 5.2 magnitud mengegar bandar Artux, tidak jauh dari Jiashi, pada 10.23 malam Ahad (waktu Beijing). Pusat gempa dicatatkan pada 39.89 darjah utara dan 77.46 darjah timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beijing
#cedera
#China
#gegaran
#gempa bumi
#Kanak-kanak
#kritikal
#mangsa
#penyelamat
#perubatan
#rumah
#Uyghur
#Xinjiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan