DUNIA
Tiga cedera, gempa bumi 6.5 magnitud landa Jawa Timur
Pusat gempa terletak di bawah laut, kira-kira 50 kilometer tenggara Sumenep pada kedalaman 11 kilometer, namun tidak membawa ancaman tsunami. - Gambar/ MetMalaysia
JAKARTA: Tiga orang cedera selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 melanda wilayah Sumenep di Jawa Timur pada malam Selasa.
Ringkasan AI
Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia dalam laporan awal pada Rabu mendedahkan gempa itu turut merosakkan 30 rumah, empat rumah ibadat dan sebuah kemudahan kesihatan.
"Bekalan elektrik di daerah Gayam terputus seketika namun kini telah dipulihkan," kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.
Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa berlaku pada 11.49 malam waktu tempatan.
Pusat gempa terletak di bawah laut, kira-kira 50 kilometer tenggara Sumenep pada kedalaman 11 kilometer, namun tidak membawa ancaman tsunami.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di wilayah Bali termasuk Gianyar, Buleleng, Tabanan, Denpasar dan Kuta.
Di wilayah Jawa Timur, gegaran sederhana hingga kuat dilaporkan di Pulau Madura dan bandar-bandar seperti Surabaya, Banyuwangi, Situbondo, Probolinggo, Gresik dan Mojokerto, menurut BMKG.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tiga orang cedera dan beberapa struktur termasuk 30 rumah, empat rumah ibadat serta sebuah kemudahan kesihatan rosak akibat gempa bumi bermagnitud 6.5 di Sumenep, Jawa Timur.
- Gempa berlaku pada 11.49 malam waktu tempatan, berpusat di bawah laut kira-kira 50 kilometer tenggara Sumenep pada kedalaman 11 kilometer, tanpa ancaman tsunami.
- Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Bali dan Jawa Timur termasuk Pulau Madura, Surabaya, Banyuwangi, Situbondo, Probolinggo, Gresik dan Mojokerto; bekalan elektrik di Gayam terputus seketika namun telah dipulihkan.