DUNIA
Tiga disahkan maut dalam insiden menara dandang runtuh di Korea Selatan
Tiga pekerja disahkan maut, dua lagi hilang selepas runtuhan menara dandang di loji jana kuasa di Ulsan, Korea Selatan. -Gambar fail/Reuters
ULSAN: Tiga pekerja disahkan maut manakala dua lagi dipercayai meninggal dunia selepas ditemukan di bawah runtuhan menara dandang di sebuah loji jana kuasa terma di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan pada Jumaat, dengan dua lagi masih belum dapat dikesan, menurut bomba.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Agensi Berita Yonhap, menara dandang itu runtuh di loji jana kuasa milik cawangan Ulsan Korea East-West Power Co, sebuah syarikat utiliti milik kerajaan, pada Khamis.
Dua pekerja disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan daripada runtuhan, menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang, menurut bomba.
Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia ketika terperangkap pada hari yang sama.
Usaha menyelamat bagi mengeluarkan dua lagi mangsa sedang dijalankan, namun kedua-duanya dikhuatiri telah meninggal dunia.
Kedudukan tepat dua lagi mangsa yang hilang masih belum diketahui.
Pada awalnya, sembilan pekerja dilaporkan terperangkap, namun dua berjaya diselamatkan lebih awal.
Seorang mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai lelaki berusia 44 tahun, yang disahkan maut kira-kira 5 pagi selepas mengalami serangan jantung ketika pasukan penyelamat cuba mengeluarkannya, kata pegawai Balai Bomba Ulsan Nambu, Kim Jeong-sik, kepada wartawan.
"Seorang anggota penyelamat menyuntiknya dengan ubat tahan sakit dan mengambil langkah untuk memastikan dia kekal hangat, namun dia akhirnya meninggal dunia," kata Kim.
Bomba terpaksa melalui runtuhan keluli dan serpihan setebal kira-kira 30 meter untuk sampai ke lokasi kejadian.
Menara setinggi 60 meter itu dan dilaporkan sedang dalam proses perobohan menggunakan bahan letupan ketika insiden berlaku.
Mangsa yang terperangkap dipercayai semua pekerja syarikat subkontraktor.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tiga pekerja disahkan maut, dua lagi hilang selepas runtuhan menara dandang di loji jana kuasa di Ulsan, Korea Selatan.
- Runtuhan menara berlaku di loji milik syarikat utiliti kerajaan, meningkatkan jumlah korban kepada tiga orang.
- Usaha menyelamatkan dua mangsa yang masih hilang sedang dijalankan, kedudukan mereka masih tidak diketahui.
Menurut Agensi Berita Yonhap, menara dandang itu runtuh di loji jana kuasa milik cawangan Ulsan Korea East-West Power Co, sebuah syarikat utiliti milik kerajaan, pada Khamis.
Dua pekerja disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan daripada runtuhan, menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang, menurut bomba.
Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia ketika terperangkap pada hari yang sama.
Usaha menyelamat bagi mengeluarkan dua lagi mangsa sedang dijalankan, namun kedua-duanya dikhuatiri telah meninggal dunia.
Kedudukan tepat dua lagi mangsa yang hilang masih belum diketahui.
Pada awalnya, sembilan pekerja dilaporkan terperangkap, namun dua berjaya diselamatkan lebih awal.
Seorang mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai lelaki berusia 44 tahun, yang disahkan maut kira-kira 5 pagi selepas mengalami serangan jantung ketika pasukan penyelamat cuba mengeluarkannya, kata pegawai Balai Bomba Ulsan Nambu, Kim Jeong-sik, kepada wartawan.
"Seorang anggota penyelamat menyuntiknya dengan ubat tahan sakit dan mengambil langkah untuk memastikan dia kekal hangat, namun dia akhirnya meninggal dunia," kata Kim.
Bomba terpaksa melalui runtuhan keluli dan serpihan setebal kira-kira 30 meter untuk sampai ke lokasi kejadian.
Menara setinggi 60 meter itu dan dilaporkan sedang dalam proses perobohan menggunakan bahan letupan ketika insiden berlaku.
Mangsa yang terperangkap dipercayai semua pekerja syarikat subkontraktor.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan pekerja yang disahkan meninggal dunia akibat runtuhan menara dandang di loji jana kuasa di bandar Ulsan, Korea Selatan?
A: Tiga pekerja disahkan maut manakala dua lagi dipercayai meninggal dunia selepas insiden runtuhan tersebut. - Q: Mengapakah usaha menyelamat bagi mengeluarkan dua mangsa yang masih terperangkap dijalankan?
A: Usaha menyelamat dilakukan kerana kedua-dua mangsa yang masih terperangkap dikhuatiri telah meninggal dunia. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh anggota penyelamat terhadap seorang mangsa yang meninggal dunia selepas insiden itu?
A: Seorang mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai lelaki berusia 44 tahun. Anggota penyelamat cuba menyelamatkan mangsa tersebut dengan menyuntikkan ubat tahan sakit dan mengambil langkah untuk memastikan dia kekal hangat sebelum akhirnya beliau meninggal dunia.