Tiga kejadian serangan dilaporkan berlaku di London.

Dalam kejadian pertama di London Bridge, beberapa orang cedera dilanggar sebuah van di kawasan pejalan kaki.

Sementara itu, kejadian menikam serta beberapa tembakan dilaporkan di Borough Market, berdekatan London Bridge.

Polis Metropolitan turut sahkan kejadian ketiga berlaku di kawasan Vauxhall, yang terletak hampir 4 kilometer dari London Bridge.

Menurut media tempatan, polis kini sedang memburu tiga suspek bersenjata.

Saksi kejadian berkata dua individu memasuki restoran di kawasan Borough Market berdekatan London Bridge dan menikam dua pelanggan restoran.

Wakil CNN melaporkan terdapat saksi yang melihat kejadian itu.

Sementara itu Polis Britain menyatakan mereka bertindak sejurus insiden tersebut berlaku.

Ia disusuli beberapa kejadian selepas itu termasuk rempuhan van.

Setakat ini dua dilaporkan terbunuh dalam insiden di London.

Bagaimanapun jumlah sebenar mereka yang cedera dalam insiden tersebut masih belum diketahui.

Perdana Menteri Britain Theresa May, dalam pada itu, dilapor akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa keselamatan tertinggi negara susulan insiden.

Insiden berlaku dua minggu selepas serangan bunuh diri yang mengorbankan 22 orang di konsert Ariana Grande di Manchester.

BACA: Police rush to London Bridge after reports of van hitting pedestrians