DUNIA
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
Jumlah keseluruhan kematian telah meningkat kepada 39 orang, manakala bilangan mangsa yang terselamat kekal seramai 316 orang. - Foto FB Philippine Coast Guard
MANILA: Pengawal Pantai Filipina (PCG) menemukan tiga lagi mayat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dijalankan bagi kapal MV Trisha Kerstin 3 yang karam pada Ahad.
Agensi Berita Filipina melaporkan bahawa PCG menyatakan pasukan SAR bersama, yang terdiri daripada agensi kerajaan, unit kerajaan tempatan dan sukarelawan nelayan, menemukan dua mayat dari Pulau Baluk-Baluk dan satu dari Pulau Lantawan di wilayah Basilan.
Mayat tersebut akan dibawa ke Bandar Zamboanga untuk proses pengecaman dan tindakan lanjut.
"Jumlah keseluruhan kematian telah meningkat kepada 39 orang, manakala bilangan mangsa yang terselamat kekal seramai 316 orang," kata PCG dalam satu hantaran di Facebook.
Kapal itu membawa seramai 332 penumpang dan 277 anak kapal semasa bertolak dari Pelabuhan Bandar Zamboanga pada 9:20 malam, 25 Jan dan dalam perjalanan menuju ke Jolo, Sulu.
-- BERNAMA