BANGKOK: Selepas Phuket, Thailand pada Khamis membuka kembali tiga pulau peranginannya di wilayah Surat Thani - Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao - kepada pelancong asing yang lengkap divaksin.
Pembukaan semula itu di bawah konsep "Samui Plus, lanjutan daripada insiatif "Phuket Sandbox", kedua-duanya bertujuan menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Namun, kedatangan pelancong dijangka perlahan berikutan lonjakan kes COVID-19 di Thailand.
"Samui Plus" dilancarkan secara sidang video oleh Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha yang sedang menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat seorang pesakit COVID-19 ketika pelancaran 'Phuket Sandbox" 1 Julai lalu.
Sembilan pelancong asing terdiri personaliti Youtuber dan blog yang dijemput menyertai lawatan pengenalan Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) tiba di Koh Samui pada Khamis.
Di bawah "Samui Plus", pengunjung disahkan negatif COVID-19 mesti menginap di hotel yang diluluskan kerajaan di Koh Samui selama tujuh hari sebelum boleh berpindah ke hotel di pulau lain yang berdekatan, seperti Koh Phangan atau Koh Tao untuk tujuh hari berikutnya.
Jika pelancong itu sekali lagi disahkan negatif pada hari ke-15, mereka boleh pergi melawat ke wilayah lain di Thailand.
Buat masa ini, hanya pelancong dari 69 negara dan wilayah termasuk Australia, Brunei, China, Taiwan, Jepun, Rusia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu dibenarkan memasuki Koh Samui
Gabenor TAT Yuthasak Supasorn berkata hanya 80 pelancong sudah menempah penerbangan ke Samui antara Julai dan September.
Sementara itu, "Phuket Sandbox" yang dilancarkan 1 Julai lalu, untuk pelancong antarabangsa yang lengkap divaksin dari negara berisiko rendah dan sederhana berpeluang mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin, tetapi tidak boleh meninggalkan pulau itu selama dua minggu.
Setakat ini, Phuket telah menerima 5,473 pelancong antarabangsa dengan 10 daripadanya disahkan positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan di hospital.
TAT berkata sebanyak 196,766 bilik telah tempah sehingga September.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 15 2021
Pembukaan semula itu di bawah konsep "Samui Plus, lanjutan daripada insiatif "Phuket Sandbox", kedua-duanya bertujuan menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. - Gambar/ emariya / Istock.com
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.