awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki rogol anjing jiran

Agensi
Agensi
09/07/2019
22:12 MYT
Tiga lelaki rogol anjing jiran
Anjing spesies Pomeranian tersebut didakwa mengalami kecederaan dalaman yang teruk. - Foto Sinar Harian
Tiga lelaki bertindak tidak berperikemanusiaan menculik dan merogol seekor anjing secara bergilir-gilir dalam kejadian kekejaman terhadap haiwan terbaharu di India.
Insiden menggemparkan itu berlaku di kawasan Hathras di Uttar Pradesh pada Khamis lalu.
Pemiliknya Santosh Devi berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut dikenali keluarganya dan turut menyewa bersebelahan kediaman mereka.
"Mereka menggunakan telur untuk memujuk anjing spesies Pomeranian sebelum menculik dan melakukan perbuatan keji itu. Kesemua mereka juga dipercayai mabuk," ujarnya.
Menurutnya lagi, dia menyedari kehilangan anjing peliharaannya itu pada jam 10 malam (waktu tempatan) dan tidak mengesyaki apa-apa.
Namun, Devi mula bimbang selepas haiwan itu masih tidak pulang pada keesokan pagi.
Dia kemudiannya menjumpai anjing itu dalam keadaan cedera parah di rumah sewa lelaki tersebut dan turut mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat perbuatan mereka.
Susulan itu, pemiliknya membuat laporan di balai polis Hathras dan siasatan telah dijalankan.
Dalam kejadian di Chennai, seorang lelaki dikenali sebagai Bhaskar, 30 tahun, ditahan selepas perbuatannya melakukan seks luar tabii ke atas empat anak anjing terdedah menerusi rakaman sistem litar tertutup (CCTV) di kawasan lapang di Mathur berhampiran Madhavaram pada 14 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#anjing
#culik
#mabuk
#Pomeranian
#rogol
#telur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan