awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, 213 cedera dalam gempa terbaharu di Turkiye

Agensi
Agensi
21/02/2023
05:46 MYT
Tiga maut, 213 cedera dalam gempa terbaharu di Turkiye
Prof Okan Tuysuz, memberitahu NTV gempa bumi kali ini adalah berbeza dan bukan gempa susulan.- REUTERS/Eloisa Lopez
ISTANBUL: Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu mengumumkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 213 lagi cedera dalam gempa bumi terbaharu yang melanda selatan negara itu pada Isnin.
Ia selepas beberapa bangunan rosak dalam gempa bumi sebelum ini runtuh susulan gegaran terbaharu itu.
Memetik AP, ramai daripada mangsa terpaksa berlindung di kediaman rosak terbabit kerana ketiadaan khemah yang mencukupi untuk mereka di luar.
Dalam pada itu, Ahli Geologi Universiti Teknikal İstanbul, Prof Okan Tuysuz, memberitahu NTV gempa bumi kali ini adalah berbeza dan bukan gempa susulan.
Terdahulu ahli seismologi telah memberi amaran bahawa gempa bumi 6 Februari boleh mencetuskan gegaran lain di rantau ini, meminta orang ramai menjauhi bangunan yang rosak.
Menurut AFAD Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan, angka kematian direkod mencecah 41,156 di Turkiye dalam gempa terdahulu.
Korban tragedi dahsyat ini dijangka meningkat lagi setelah 385,000 pangsapuri musnah atau rosak teruk dan masih ramai yang belum ditemui.
Gempa Susulan | Tiga orang disahkan maut, ratusan cedera di Turkiye
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turkiye
#Prof Okan Tuysuz
#mangsa gempa Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan