Tiga maut, 46 cedera dalam kejadian letupan gas di hospital Chile

Agensi
April 22, 2018 01:48 MYT
Datuk Bandar Alvaro Ortiz berkata letupan berlaku selepas pekerja syarikat gas tempatan GasSur menjalankan pemeriksaan di kawasan yang dilaporkan berlakunya kebocoran gas.
Tiga orang terbunuh manakala 46 yang lain cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah hospital di Chile pada Sabtu.
Letupan berlaku jam 10.30 pagi waktu tempatan di Clinica Sanatorio Aleman, Concepcion, kira-kira 500 kilometer di selatan ibu negara.
Datuk Bandar Alvaro Ortiz berkata letupan tersebut berlaku selepas pekerja syarikat gas tempatan GasSur menjalankan pemeriksaan di kawasan yang dilaporkan berlakunya kebocoran gas.
Sebelum itu, pesakit dan petugas berada di di luar hospital bagi membolehkan pemeriksaan rapi dijalankan namun sejurus mereka memasuki premis hospital, gas tersebut meletup.
Hospital terbesar di wilayah itu telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh seorang doktor kelahiran Jerman.
#alvaro ortiz #Chile #clinica sanatorio aleman #Concepcion #GasSur #letupan gas