Tiga maut bersama seekor anjing dalam kebakaran hotel

Astro Awani
Januari 2, 2023 23:15 MYT
60 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di Hotel New County di Perth & Kinross. - Foto REUTERS
SCOTLAND: Tiga maut bersama seekor anjing dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hotel di Scotland pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa tempatan, 60 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di Hotel New County di Perth & Kinross, yang berlaku pada awal pagi.
Perkhidmatan kecemasan tiba selepas jam 5 pagi dan siasatan bersama antara polis Scotland dan bomba Scotland sedang dijalankan bagi menentukan punca kebakaran.
Menurut Ketua Polis Scotland, Superintendan Phil Davidson, kesemua tetamu hotel dan dua dari flat jiran kini telah dipindahkan dan dirawat oleh perkhidmatan kecemasan.
Kaunselor Perth & Kinross, Chris Ahern menyifatkan peristiwa itu sebagai "sangat tragis".
#kebakaran #hotel #anjing #Hotel New County