DUNIA
Tiga maut dalam insiden bangunan Majlis Taklim runtuh di Bogor
Bangunan dua tingkat itu tidak mampu menampung lebih 150 jemaah yang hadir, melebihi kapasiti asal yang biasanya hanya sekitar 30 orang. -Foto laman web Kompas
BOGOR: Tiga ahli jemaah dilaporkan meninggal dunia manakala puluhan lagi cedera selepas bangunan Majlis Taklim Asobiyah di Kampung Ciapus, Ciomas, Bogor, runtuh ketika berlangsungnya acara Maulid Nabi Muhammad SAW pagi Ahad.
Ringkasan AI
Menurut Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Bogor, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi apabila tingkat atas bangunan dua tingkat itu roboh akibat tidak mampu menampung jumlah jemaah yang hadir, melebihi kapasiti struktur asal.
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Irni, Wulan dan Yati, masing-masing disahkan meninggal dunia di hospital berbeza sekitar Bogor.
Sekurang-kurangnya 30 jemaah lain mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital berdekatan.
Ketua BPBD, M. Adam Hamdani, memaklumkan operasi menyelamat selesai dan tiada lagi mangsa tertimbus.
“Kami telah mengerahkan pasukan gabungan termasuk TNI, Polri dan sukarelawan tempatan untuk evakuasi dan pembersihan lokasi,” katanya.
Siasatan awal mendapati bangunan tersebut biasanya digunakan untuk pengajian mingguan dengan kehadiran sekitar 30 orang.
Namun sempena sambutan Maulid, jumlah jemaah mencecah lebih 150 orang, menyebabkan lantai atas runtuh ke bawah.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terhadap status struktur bangunan dan kemungkinan pelanggaran piawaian keselamatan.
Penduduk setempat turut diminta berhati-hati dan memastikan bangunan awam yang digunakan mempunyai kelulusan teknikal yang sah.
Ringkasan AI
- Tiga orang maut dan sekurang-kurangnya 30 cedera apabila tingkat atas bangunan Majlis Taklim Asobiyah di Bogor runtuh semasa acara Maulid Nabi.
- Bangunan dua tingkat itu tidak mampu menampung lebih 150 jemaah yang hadir, melebihi kapasiti asal yang biasanya hanya sekitar 30 orang.
- Pihak berkuasa sedang menyiasat status struktur bangunan dan menyeru audit keselamatan berkala bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.