DUNIA

Tiga maut dalam insiden letupan loji di Itali

Bernama 19/09/2025 | 22:00 MYT
Satu letupan di sebuah loji pemprosesan sampah berhampiran bandar Naples, selatan Itali, telah meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa lelaki dan mencederakan dua lagi.
ROM: Satu letupan di sebuah loji pemprosesan sampah berhampiran bandar Naples, selatan Itali, telah meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa lelaki dan mencederakan dua lagi, manakala seorang masih hilang, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Letupan itu dilaporkan berlaku semasa kerja penyelenggaraan di loji berkenaan di Marcianise, utara Naples.

Butiran lanjut mengenai insiden itu pada awalnya tidak didedahkan pihak berkuasa.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai terkena gelombang tekanan akibat letupan dalam sebuah tangki berisi minyak terpakai yang menyebabkan mereka tercampak beberapa meter.

Seorang daripada yang maut ialah pemilik syarikat berkenaan.

Pasukan bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan penuh.

-- BERNAMA




#Itali #letupan loji #loji pemprosesan sampah #gelombang tekanan