[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Tiga maut lebuh raya runtuh di China

Agensi 10/10/2019 | 21:14 MYT
Kenderaan terperangkap di bawah runtuhan jambatan di China. -Twitter qiZhai
Tiga orang maut apabila sebuah laluan lebuh raya runtuh di wilayah Jiangsu di timur China pada Khamis.
Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6 petang waktu tempatan di bandar Wuxi itu, tiga kenderaan remuk dan terperangkap di bawah runtuhan, lapor CCTV.
People's Daily melaporkan kerja menyelamat sedang dijalankan, dan akhbar Yangzi Evening News melaporkan sekurang-kurangnya 10 ambulans dilihat berada di tempat kejadian.
Video dramatik yang disiarkan di media sosial menunjukkan bahagian jambatan itu bergoyang sebelum runtuh menimpa kenderaan yang lalu di bawahnya.
Kejadian runtuhan seumpama ini bukan asing di negara China. Pada Februari 2018, sekurang-kurangnya lapan maut di pusat bandar Foshan apabila kebocoran air berlaku di tapak pembinaan stesen kereta api bawah tanah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#laluan lebuh raya runtuh #terperangkap di bawah runtuhan #tiga kereta remuk #Wuxi