Skip to main content

Dunia

Tiga maut, ratusan kediaman musnah akibat kebakaran hutan di Oregon

61599744466_LyonsOre.jpg
SEKURANG-KURANGNYA tiga maut dan ratusan kediaman musnah akibat kebakaran hutan yang melanda Oregon, Amerika Syarikat.

Menurut gabenornya Kate Brown, kebakaran itu disifatkan paling bahaya sehingga meragut nyawa penduduk setempat dan mengakibatkan kemusnahan besar.

Sehingga kini, anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan api yang marak sehingga menyebabkan lebuh raya utama ditutup akibat asap tebal.

Susulan itu, penduduk di daerah barat Oregon diarahkan berpindah segara bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Ketika ini, kebakaran paling teruk dilaporkan melanda sekitar Medford di selatan Oregon.

Advertisement

Must Watch Video