Tiga maut selepas pesawat terhempas ke atas rumah

Agensi
Januari 3, 2021 21:34 MYT
Tiga maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke atas sebuah rumah di Michigan. Kesemua penghuni rumah terselamat. - Foto Reuters
MICHIGAN: Tiga dilaporkan maut termasuk seorang juruterbang dan dua orang penumpang selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke atas sebuah rumah di Michigan, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kesemua lima penghuni di dalam rumah dua tingkat itu dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian pada Sabtu itu.
Namun, susulan kejadian terhempas itu, rumah yang terletak di bandar Lyon itu mengalami kerosakan akibat terbakar.
Anggota polis mengesahkan kematian tiga mangsa dalam pesawat Piper PA-24 satu enjin tersebut.
Ia dilaporkan berlepas dari lapangan terbang Cherokee, Georgia menuju ke lapangan terbang New Hudson.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan nama mangsa yang maut.
#Amerika Syarikat #pesawat #maut #terhempas #mangsa