DUNIA
Tiga objek disyaki dron ceroboh Kompleks Kuasa Nuklear Genkai di Jepun
NRA memaklumkan bahawa tiada sebarang keabnormalan dikesan selepas kejadian yang dilaporkan sekitar 9 malam itu dan menegaskan bahawa tiada risiko terhadap kawasan sekitar. - Gambar/ X @FukuokaNow
TOKYO: Tiga objek bercahaya yang dipercayai dron dikesan menceroboh kawasan Kompleks Kuasa Nuklear Genkai di barat daya Jepun, menurut pihak berkuasa pemantau nuklear negara itu pada Ahad.
Ringkasan AI
Menurut laporan agensi Kyodo, Pihak Berkuasa Kawal Selia Nuklear Jepun (NRA) pada Sabtu dimaklumkan mengenai insiden itu oleh Kyushu Electric Power Co., pengendali Stesen Kuasa Nuklear Genkai yang mempunyai empat reaktor.
NRA memaklumkan bahawa tiada sebarang keabnormalan dikesan selepas kejadian yang dilaporkan sekitar 9 malam itu dan menegaskan bahawa tiada risiko terhadap kawasan sekitar.
Secara prinsipnya, penerbangan dron di atas atau berhampiran loji kuasa nuklear adalah dilarang sama sekali.
Pihak berkuasa tempatan pula memaklumkan bahawa paras radiasi di sekitar kompleks kekal normal dan tiada arahan pemindahan dikeluarkan kepada penduduk.
Ketika ini, proses nyahaktif bagi Reaktor No. 1 dan No. 2 di kompleks berkenaan sedang dijalankan, manakala Reaktor No. 3 dan No. 4 kembali beroperasi pada 2018 selepas pematuhan piawaian keselamatan baharu yang diperketatkan selepas bencana nuklear di Loji Fukushima Daiichi akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tiga objek bercahaya dipercayai dron dikesan menceroboh kawasan Kompleks Kuasa Nuklear Genkai, namun tiada keabnormalan atau risiko terhadap kawasan sekitar dilaporkan oleh pihak berkuasa.
- Penerbangan dron di atas atau berhampiran loji kuasa nuklear adalah dilarang, dan paras radiasi di sekitar kompleks kekal normal tanpa arahan pemindahan kepada penduduk.
- Kompleks Genkai sedang menjalani proses nyahaktif bagi Reaktor No. 1 dan No. 2, manakala Reaktor No. 3 dan No. 4 telah kembali beroperasi sejak 2018 selepas pematuhan piawaian keselamatan baharu pasca bencana Fukushima 2011.