INTERNATIONAL
Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland
Serangan berlaku di Sekolah Vahajarvi di Pirkkala, yang mempunyai kira-kira 1,250 murid dari peringkat prasekolah hingga gred sembilan. - Reuters
HELSINKI: Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut polis, seorang pelajar ditahan namun tiada mangsa mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
Serangan itu berlaku di Sekolah Vahajarvi di Pirkkala, yang terletak di barat daya bandar Tampere. Sekolah itu mempunyai kira-kira 1,250 murid dari peringkat prasekolah hingga gred sembilan.
Media tempatan melaporkan yang suspek dipercayai berusia 16 tahun menghantar satu manifesto kepada beberapa organisasi media sebelum serangan, mendakwa dia berniat untuk menyasarkan pelajar perempuan.
Polis bagaimanapun belum mengesahkan kewujudan manifesto itu secara rasmi, namun menyatakan bahawa mereka menyedari bahan yang diterbitkan dan sedang menelitinya sebagai sebahagian daripada siasatan.
Pihak berkuasa merancang untuk memberikan maklumat lanjut dalam sidang media lewat Selasa.
-- BERNAMA