[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

Tiga pendaki maut dipanah petir di Austria

Bernama 16/06/2025 | 13:45 MYT
Tiga pendaki maut selepas dipanah petir ketika mendaki di wilayah Tyrol, Austria hujung minggu lepas. - Foto hiasan
VIENNA: Tiga pendaki maut selepas dipanah petir ketika mendaki di wilayah Tyrol, Austria hujung minggu lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut polis pada Isnin, mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri, masing-masing berusia 60 tahun, serta abang kepada isteri yang berumur 62 tahun.
Ketiga-tiga mereka sedang mendaki Mittagsspitze setinggi 2,600 meter di barat negara itu pada Ahad, namun terpaksa berpatah balik selepas cuaca berubah secara tiba-tiba dan menjadi buruk.
Ahli keluarga yang bimbang apabila mereka tidak pulang ke lembah kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan.
Kru pasukan helikopter kecemasan menemui ketiga-tiga mayat berhampiran laluan bertanda pada ketinggian sekitar 2,300 meter. Pemeriksa perubatan mengesahkan kesemua mereka maut akibat dipanah petir.
-- BERNAMA
#pendaki #dipanah petir #austria #Mittagsspitze