BANGKOK: Thailand mencadangkan tiga sidang kemuncak utama di Asia Tenggara yang akan berlangsung pada November sebagai "peluang keemasan" dan "platform paling sesuai" untuk mengadakan rundingan bagi membantu menamatkan krisis Rusia-Ukraine.
Timbalan Perdana Menteri Thailand Don Pramudwinai berkata Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja; G20 di Bali, Indonesia; dan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok, Thailand, akan membuka peluang mencari jalan penyelesaian.
"Kemungkinan kejayaan dapat dilihat sepanjang November - pada minggu ketiga bulan kedua terakhir tahun ini - peluang keemasan dan pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan dalam krisis Ukraine berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
"Tiga lokasi berkenaan boleh menjadi platform paling sesuai untuk perbincangan bagi mencari jalan keluar kepada krisis global yang melanda Ukraine," katanya ketika sesi Perbahasan Umum Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kali ke-77 di New York.
Don berkata sudah pasti PBB dengan segala peranan dan mekanismenya yang relevan, badan dunia itu akan menyumbang serta menambah nilai kepada usaha memelihara kemanan dan kestabilan.
"Jadi, marilah kita berharap agar kuasa-kuasa besar, pihak-pihak berkepentingan, berhubung kait dengan krisis di Ukraine tidak melepaskan peluang keemasan ini," katanya.
Mengenai Myanmar, Don berkata Thailand, melalui program dua hala dan ASEAN, telah bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar yang memerlukan, termasuk sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19.
Beliau berkata sumbangan kewangan juga dihulurkan untuk menyokong usaha pertubuhan antarabangsa, seperti UNICEF, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
Sebagai jiran terdekat, Don berkata Thailand berhasrat untuk melihat Myanmar kembali aman dan stabil secepat mungkin.
"Kami menyeru semua pihak di Myanmar untuk mengambil langkah segera meredakan ketegangan, menamatkan keganasan dan turut serta dalam perbincangan bermakna bagi menyelesaikan perbezaan secara aman.
"Thailand menyokong penuh peranan konstruktif ASEAN dan percaya bahawa badan serantau itu berada pada kedudukan terbaik membantu Myanmar melalui amalan Perundingan, Kerjasama dan Konsensus ASEAN.
"Bangkok akan terus memainkan peranan aktif dan membina serta menyokong proses ASEAN ini, serta peranan Duta Khas UNSG mengenai Myanmar," katanya.
Sementara itu, Don berkata adalah penting untuk memastikan rantaian bekalan global terhadap aliran makanan, baja dan barangan keperluan berjalan lancar, menjadikan sistem makanan lebih berdaya tahan untuk menjamin kesamarataan akses kepada makanan yang sihat dan selamat.
Beliau berkata Thailand bersedia untuk bekerjasama dengan negara dan organisasi antarabangsa untuk merealisasikan wawasan itu.
"Thailand mengalu-alukan Inisiatif Bijrin Laut Hitam yang ditubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuka koridor selamat bagi pengangkutan bijirin yang akan membantu mengurangkan krisis makanan global.
"Inisiatif ini menekankan lagi kepentingan kerjasama antarabangsa di bawah rangka kerja PBB untuk bertindak balas kepada cabaran global baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Don Pramudwinai berkata tiga lokasi berkenaan boleh menjadi platform paling sesuai untuk perbincangan bagi mencari jalan keluar kepada krisis global yang melanda Ukraine. --fotoBERNAMA
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.