Tiga tebusan wanita di rumah orang tua di Yountville, Amerika Syarikat mati

Associated Press
Mac 10, 2018 06:59 MYT
Sementara itu, kereta milik suspek tidak memiliki sebarang bom seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Tiga tebusan wanita dan seorang suspek disahkan mati selepas lelaki itu menahan tebusan yang merupakan petugas rumah perlindungan orang tua d Yountville, Napa Valley California, Amerika Syarikat.
Kesemua mangsa ditemui mati selepas pihak berkuasa berjaya memecah masuk ke rumah orang tua terbabit.
Sementara itu, kereta milik suspek tidak memiliki sebarang bom seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Suspek yang merupakan seorang lelaki lengkap bersenjata dan berperisai dipercayai menahan tiga tebusan selama lebih lapan jam.
Lelaki itu menyerbu masuk sambil melepaskan berpuluh tembakan ketika mereka sedang meraikan satu majlis.
#Amerika Syarikat #berperisai #bersenjata #bom #California #kereta #mangsa #mati #rumah #suspek #tebusan #tembakan #wanita #Yountville California