DUNIA
Tiga terbunuh dalam letupan di pangsapuri Bucharest
Sebuah kren diletakkan berhampiran lokasi letupan di sebuah blok apartmen di Bucharest, Romania. - Foto REUTERS
BUCHAREST: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 14 lagi cedera selepas satu letupan kuat meranapkan dua tingkat sebuah blok apartmen lapan tingkat di ibu negara Romania pada Jumaat.
Ringkasan AI
Letupan berlaku di kawasan Calea Rahovei, Sector 5, dan menjejaskan tingkat kelima dan keenam bangunan tersebut.
Menurut pihak berkuasa, lebih 13 kenderaan kecemasan termasuk 11 jentera bomba dan empat unit rawatan rapi mudah alih dikerahkan ke lokasi kejadian.
Pasukan penyelamat menemui salah seorang mangsa tertimbus di bawah runtuhan konkrit di tingkat enam.
Semua penghuni bangunan, melibatkan 108 unit kediaman, telah dipindahkan atas risiko keruntuhan menyeluruh.
Punca letupan masih belum dikenal pasti, namun bekalan gas di kawasan itu telah dihentikan sebagai langkah keselamatan selepas penduduk melaporkan bau gas sehari sebelumnya.
Tingkap sebuah sekolah berhampiran turut pecah akibat impak letupan.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut dan operasi mencari mangsa yang mungkin masih tertimbus.
Ringkasan AI
- Tiga maut dan 14 cedera dalam letupan di blok apartmen lapan tingkat di Bucharest, Romania.
- Letupan meranapkan dua tingkat bangunan, memaksa pemindahan 108 unit kediaman atas risiko keruntuhan.
- Punca masih disiasat, dengan bekalan gas dihentikan selepas penduduk melaporkan bau gas sehari sebelum kejadian.