Tiga terbunuh kejadian tembakan di Maryland

Agensi
September 20, 2018 16:38 MYT
Pihak berkuasa Maryland bertindak balas terhadap insiden tembakan yang berlaku pagi Khamis itu. - Foto AP/Jerry Jackson
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam satu tembakan di Harford County, Maryland, Amerika Syarikat.
Pejabat Sheriff Harford County menerusinya tweetnya berkata, insiden di kawasan Perryman itu melibatkan 'ramai mangsa'.
Kejadian pagi Khamis itu turut melibatkan campurtangan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bagi meredakan keadaan.
Manakala ejen-ejen dari Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan (ATF) turut hadir membantu.
Gabenor Maryland Larry Hogan memaklumkan, pejabatnya sedang mengawasi keadaan di Aberdeen dan negeri itu sedia bantu untuk menawarkan sokongan.
#Aberdeen #ATF #Biro Penyiasatan Persekutuan #FBI #Harford County #Maryland #tembakan