DUNIA
Tiga wartawan antara 11 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tiga wartawan, Anas Ghunaim, Abdul Raouf Shaath dan Mohammad Qeshta, terbunuh apabila kenderaan mereka diserang di tengah Gaza. - Foto X/Martyrs of Gaza
GAZA: Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak dan tiga wartawan, terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. Enam yang lain dilaporkan cedera.
Tiga wartawan, Anas Ghunaim, Abdul Ra’ouf Shaath dan Mohammad Qeshta, terbunuh apabila kenderaan mereka diserang di tengah Gaza ketika membuat liputan berhampiran Koridor Netzarim.
Mereka bekerja dengan Jawatankuasa Bantuan Mesir untuk Gaza, menurut pegawai dan rakan sekerja.
Israel mendakwa serangan itu menyasarkan kenderaan yang digunakan bagi aktiviti pengumpulan risikan, dakwaan yang dinafikan pihak jawatankuasa bantuan.
Dalam serangan berasingan, tiga ahli satu keluarga termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di Deir el-Balah.
Di selatan Gaza, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan seorang wanita turut terbunuh, manakala dua lagi rakyat Palestin dilaporkan maut di utara wilayah itu.
Pegawai Palestin berkata Israel berulang kali melanggar gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat sejak ia berkuat kuasa pada 10 Oktober.
Mereka turut mendakwa Israel terus menyekat kemasukan makanan, bantuan perubatan dan bahan perlindungan ke Gaza, ketika kira-kira 2.2 juta penduduk berdepan keperluan kemanusiaan mendesak dalam cuaca sejuk dan hanya berlindung di khemah daif.
Menurut data ketenteraan Israel, pasukan Israel masih menguasai kawasan luas di selatan, timur dan utara Gaza, dan secara berkesan mengekalkan kawalan ke atas keseluruhan wilayah itu.
Dapatkan berita terkini di sini