awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok fail saman terhadap negeri Montana

Bernama
Bernama
23/05/2023
04:27 MYT
TikTok fail saman terhadap negeri Montana
Peraturan baharu itu melarang App Stores daripada menawarkan perkongsian video mulai 1 Jan 2024 dan menghalang TikTok beroperasi sebagai perniagaan di negeri ini. -Gambar fail/AP
NEW YORK: TikTok memfailkan saman untuk membatalkan langkah Montana mengharamkan platform media sosial itu, menurut syarikat berkenaan pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Kami mencabar tindakan tidak berperlembagaan Montana yang mengharamkan TikTok untuk melindungi perniagaan kami dan ratusan ribu pengguna di Montana.
"Kami yakin langkah perundangan yang kami ambil bersandarkan kepada fakta yang sangat kuat," tulis TikTok di Twitter.
Montana menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menyekat aplikasi perkongsian video itu, apabila Gabenor Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang mengenai larangan itu pada Rabu.
Peraturan baharu itu melarang App Stores daripada menawarkan perkongsian video mulai 1 Jan 2024 dan menghalang TikTok beroperasi sebagai perniagaan di negeri ini.
Setiap hari jika platform media sosial itu masih tersedia, penyedia aplikasi itu perlu membayar denda US$10,000 sehari.
Pengguna tidak dikenakan denda dan mereka yang sudah mempunyai aplikasi itu pada peranti sendiri tidak terjejas.
Lima pencipta kandungan TikTok yang tinggal di negeri ini turut memfailkan saman yang sama beberapa jam selepas rang undang-undang itu ditandatangani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#Montana
#Greg Gianforte
#fail saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan