[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Timbalan PM Ukraine hargai sumbangan terminal satelit Musk

Sinar Harian 02/03/2022 | 01:40 MYT
Terminal satelit untuk kemudahan internet disumbangkan oleh bilionair Elon Musk kepada kerajaan Ukraine. -Foto Twitter
KIEV: Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorovber menyatakan penghargaannya kepada bilionair Elon Musk kerana menghantar terminal satelit Starlink ke Ukraine yang kini sedang bergolak selepas diserang Rusia.
Beliau menyatakan penghargaan itu selepas terminal Starlink itu akan digunakan bagi membolehkan perkhidmatan internet di negara itu yang terganggu disebabkan oleh pencerobohan Rusia berfungsi dengan baik.
SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Pada Sabtu lalu, Musk menjawab rayuan Fedorov yang telah memintanya untuk membantu negara yang sedang dilanda peperangan itu bagi mendapatkan akses internet.
Bagaimanapun, Fedorov menciap di Twitter pada Isnin lalu dengan menghantar penghargaan iaitu: "Terima Kasih Starlink di sini."
Beliau menyertakan gambar bersama gambar trak yang dipenuhi dengan peralatan itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Musk kemudian segera membalas dengan ciapan: "Sama-sama".
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Stesen berita Eropah Timur, Nexta melaporkan bahawa satelit itu telah menyediakan perkhidmatan pada kelajuan 100 megabit per saat yang merupakan jalur lebar yang mencukupi untuk menstrim filem, bermain permainan dan bekerja dari rumah. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
#Elon Musk #Starlink #Mykhailo Fedorovber #terminal satelit