DUNIA
Timbunan sisa sampah di Gaza jadi ancaman, cetuskan wabak penyakit
Pihak berkuasa tempatan menganggarkan hampir 700,000 tan sisa sampah telah bertimbun di tapak pelupusan sementara di Gaza. - Gambar/ Reuters
BANDARAYA GAZA: Pengumpulan ribuan tan sisa sampah di seluruh Semenanjung Gaza menimbulkan risiko berlakunya wabak penyakit kulit, pernafasan dan usus, menurut amaran seorang pegawai kesihatan Palestin pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Pihak berkuasa tempatan menganggarkan hampir 700,000 tan sisa sampah telah bertimbun di tapak pelupusan sementara di Gaza, ketika keadaan kemanusiaan yang teruk berikutan serangan Israel selama dua tahun ke atas wilayah terkepung itu.
Menggambarkan keadaan itu sebagai "bencana alam sekitar dan kesihatan awam", Pengarah Hospital al-Shifa, Mohammed Abu Salmiya, berkata kepada Anadolu bahawa timbunan sisa sampah berkenaan menarik nyamuk, tikus, lalat dan serangga lain yang menyumbang kepada penyebaran pelbagai penyakit dalam kalangan penduduk.
Beliau berkata gas yang dilepaskan daripada timbunan sampah, khususnya gas metana, memberi kesan secara langsung kepada pesakit di hospital.
Sisa sampah yang meresap ke dalam air bawah tanah turut mengancam kebanyakan telaga dengan pencemaran, yang boleh membawa kepada kes keracunan, manakala air minuman di banyak kawasan menjadi tidak selamat.
Abu Salmiya menambah bahawa peningkatan timbunan sampah itu mewujudkan "persekitaran psikologi dan kemanusiaan yang sangat berbahaya", dengan penduduk terpaksa hidup di tengah-tengah longgokan sampah yang memenuhi jalan dan lorong, meningkatkan rasa tidak selamat.
Beliau menggesa organisasi antarabangsa agar "segera campur tangan bagi menangani sampah yang semakin bertimbun" di wilayah yang dikepung itu.
Timbunan sisa sampah itu tertumpu di utara dan selatan Gaza, ekoran Israel terus menghalang akses ke tapak pelupusan utama yang terletak di kawasan sempadan di bawah kawalannya dalam fasa pertama gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Okt.
Pada Selasa, Hamas menuduh Israel menyekat kemasukan bantuan dan bahan api ke Gaza, sekali gus melanggar perjanjian gencatan senjata.
Lebih 69,000 penduduk Palestin telah terbunuh dan lebih 170,700 lagi cedera dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Okt 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Pengumpulan ribuan tan sisa sampah di Gaza mengancam kesihatan masyarakat dengan risiko wabak penyakit kulit, pernafasan, dan usus, kata pegawai kesihatan Palestin.
- Timbunan sisa sampah menarik nyamuk, tikus, lalat, dan serangga, menyebabkan penyebaran pelbagai penyakit di kalangan penduduk Gaza.
- Peningkatan timbunan sampah di Gaza menimbulkan ancaman psikologi dan keselamatan kepada penduduk, dengan organisasi antarabangsa digesa untuk campur tangan segera.