awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Time's Up: Wanita berkuasa Hollywood bangkit bersatu perangi jenayah seksual

Agensi
Agensi
02/01/2018
00:12 MYT
Time's Up: Wanita berkuasa Hollywood bangkit bersatu perangi jenayah seksual
Projek itu juga digambarkan sebagai panggilan untuk bersatu demi perubahan kepada wanita dalam dunia hiburan dan dimana-mana. - Foto: nytimes.com
LEBIH 300 aktres, penulis dan pengarah di Holloywood, melancarkan projek bagi membantu memerangi gangguan seksual dalam industri filem dan di tempat kerja.
Inisiatif yang digelar ‘Time’s Up’ itu diumumkan dalam satu muka surat penuh di New York Times.
Reese Witherspoon and Shonda Rhimes among founders of anti-harassment grouphttps://t.co/y2R6bJLsKv
— TIME (@TIME) January 1, 2018
Projek itu juga digambarkan sebagai ‘panggilan solidariti demi perubahan kepada wanita dalam dunia hiburan dan dimana-mana.”
Ia menyusul selepas tuduhan penderaan seksual pelakon berprofil tinggi terhadap penerbit filem, Harvey Weinstein.
Dalam surat yang diterbitkan Time's Up memaklumkan "perjuangan ini wanita untuk bangkit dan bukan hanya untuk didengar dan ia mesti dihentikan.
Surat yang ditujukan untuk setiap wanita itu turut menekankan, wanita perlu menepis jenayah seksual denga nmenyifatkan gangguan seperti itu berleluasa kerana pelaku dan majikan tidak pernah menghadapi sebarang tindakan.
Kempen yang disokong ratusan pelakon termasuk Natalie Portman, Reese Witherspoon, Cate Blanchett, Eva Longoria dan Emma Stone itu, telah mengumpul lebih daripada AS$ 13 juta daripada sasaran AS$ 15 juta.
Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membiayai sokongan undang-undang untuk kedua-dua mangsa wanita dan lelaki yang terkena gangguan seksual di tempat kerja.
Projek ini ditujukan terutamanya kepada mereka yang tidak dapat memenuhi pembayaran untuk mempertahankan diri seperti pekerja pertanian atau kilang, penjaga dan pelayan.
Ia juga menyeru supaya "ketidaksamaan jantina dan ketidakseimbangan kuasa" ditangani sambil, menekankan perlunya lebih banyak wanita mendapat kedudukan kuasa dan keutamaan gaji.
Pada Disember, majalah Time menamakan "The Silence Breakers" - wanita dan lelaki yang tampil bercakap mengenai penderaan dan gangguan seksual - sebagai "Individu Terbaik 2017”.
The Silence Breakers are TIME's Person of the Year 2017 #TIMEPOY https://t.co/mLgNTveY9z pic.twitter.com/GBo9z57RVG
— TIME (@TIME) December 6, 2017
Tahun lalu juga menyaksikan kebangkitan hashtag #MeToo, yang menyaksikan pergerakan global wanita dan lelaki untuk berkongsi cerita tentang penderaan dan gangguan seksual mereka.
#MeToo my story pic.twitter.com/GxqZtRev5w
— Grace Dwyer (@GraceDwyer13) December 7, 2017
Name and rate the apologies by sexual harassers on remorse on scale of 1 - 10 (where 10 = true pain that they did it; 5 = regret; 1 = lame excuse w indignance that people are dwelling on it). @maddow @cnnbrk @nytopinion #harassment #apology #MeToo @MeTooCenter
— Mark Goulston, M.D. (@MarkGoulston) December 10, 2017
Ia mendapat momentum selepas aktres Alyssa Milano menggunakan Twitter, meminta mangsa serangan seksual untuk muncul ke hadapan dalam acara solidariti.
I STAND WITH WOMEN across every industry to say #TIMESUP on abuse, harassment, marginalization and underrepresentation. JOIN ME! SIGN THE STATEMENT OF SOLIDARITY & donate to the @TIMESUPNW Legal Defense Fund: https://t.co/3tcmuomXep pic.twitter.com/HU6f4EccG7
— Alyssa Milano (@Alyssa_Milano) January 1, 2018
Antara bulan Oktober dan Disember 2017, #MeToo digunakan di Twitter dan Facebook lebih daripada enam juta kali.
Topic Berkaitan
#Cate Blanchett
#Emma Stone i
#Eva Longoria
#Facebook
#hiburan
#Hollywood
#jenayah
#jenayah seksual
#mangsa
#MeToo
#Natalie Portman
#New York
#Reese Witherspoon
#serangan
#Twitter
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan