awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timor Leste sertai mesyuarat ASEAN untuk kali pertama sebagai pemerhati

Bernama
Bernama
03/02/2023
21:45 MYT
Timor Leste sertai mesyuarat ASEAN untuk kali pertama sebagai pemerhati
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kiri) bergambar bersama menteri-menteri negara anggota ASEAN dalam Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Menteri-menteri Luar ASEAN pada Jumaat mengalu-alukan penyertaan Timor Leste sebagai pemerhati untuk kali pertama pada mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32.
Secara simbolik Menteri Luar Timor Leste Adaljiza Magno diperkenal dan dipanggil memasuki dewan di bangunan Sekretariat ASEAN untuk menyertai mesyuarat.
"Timor Leste seorang daripada ahli berpotensi kami," kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kepada media Malaysia selepas mesyuarat ACC di sini.
Beliau berkata Timor Leste kini boleh menghadiri siri mesyuarat peringkat ASEAN sebagai pemerhati sehingga keputusan rasmi dibuat secara konsensus untuk menerima negara itu menganggotai ASEAN.
Ini selaras dengan keputusan negara anggota yang dicapai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 di Kemboja November tahun lalu.
Semasa mesyuarat, Zambry berkata Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN 2023 membentangkan keutamaan dan agendanya dengan tema "ASEAN Matters: Epicentrum of Growth".
Beliau berkata Indonesia mahu menjadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan rantau dan dunia serta memberi penekanan terhadap 'blue economy' untuk menghasilkan penggunaan sumber laut secara mapan demi pertumbuhan ekonomi.
Isu Myanmar juga dibincangkan, katanya sambil menambah ASEAN berpegang kepada Konsensus Lima Perkara (5PC) bagi membantu menyelesaikan isu di Myanmar itu.
"Semua negara anggota secara konsensus bersetuju menangani perkara itu secara bersama," katanya.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi itu berlangsung tanpa kehadiran wakil dari Myanmar meskipun wakil 'bukan politik' telah dipelawa untuk mengambil bahagian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Timor Leste
#pemerhati
#negara anggota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan