[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Tin minuman tenaga AS tersilap diisi vodka, amaran keselamatan dikeluar

Astro Awani 31/07/2025 | 01:10 MYT
Pengambilan minuman ini boleh menyebabkan pengambilan alkohol tanpa disedari. - Foto X/Both Sides News
WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran keselamatan kepada pengguna selepas beberapa tin minuman tenaga Celsius Astro Vibe Sparkling Blue Razz Edition didapati tersilap diisi dengan vodka, berikutan kesilapan pembekal pembungkusan.


Ringkasan AI
  • Amaran keselamatan dikeluarkan di AS selepas tin minuman tenaga Celsius tersilap diisi dengan vodka akibat kesilapan pembekal pembungkusan.
  • Tin terjejas kelihatan seperti minuman biasa tetapi mengandungi alkohol, berisiko tinggi kepada pengguna bawah umur atau mereka yang mengelakkan alkohol.
  • Produk dengan kod lot tertentu ditarik balik, dan pengguna dinasihatkan untuk membuang tin terjejas serta menghubungi High Noon untuk maklumat lanjut dan bayaran balik.


Menurut kenyataan rasmi daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (USFDA), kesilapan berlaku apabila pembekal pembungkusan secara tidak sengaja menghantar tin kosong Celsius kepada syarikat minuman beralkohol High Noon, yang kemudiannya mengisi tin tersebut dengan vodka seltzer.

Tin yang terjejas kelihatan seperti minuman tenaga biasa, tetapi sebenarnya mengandungi alkohol.

Pengambilan minuman ini boleh menyebabkan pengambilan alkohol tanpa disedari, terutamanya dalam kalangan pengguna bawah umur atau mereka yang mengelakkan alkohol atas sebab kesihatan atau agama.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kesan buruk diterima, namun pihak berkuasa menasihatkan pengguna agar membuang tin yang terjejas dan tidak meminum kandungannya.

Produk yang terlibat dalam penarikan semula termasuk:
Produk ini telah dihantar ke peruncit di Florida, New York, Ohio, South Carolina, Virginia dan Wisconsin antara 21 hingga 23 Julai.

Pengguna yang memiliki produk terjejas digalakkan untuk menghubungi High Noon Consumer Relations bagi mendapatkan maklumat lanjut dan proses bayaran balik.

Tin yang tidak terjejas dengan kod lot berbeza adalah selamat untuk diminum.






#Celsius Astro Vibe Sparkling Blue Razz Edition #vodka #alkohol #minuman tenaga