PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan tindak balas global terhadap ancaman malaria terjejas apabila wabak koronavirus mengganggu perkhidmatan kesihatan di banyak negara.
Ia menyebabkan sejumlah 241 juta kes penyakit itu dilaporkan pada 2020, meningkat 14 juta daripada tahun sebelumnya dan 627,000 kematian peningkatan sebanyak 69,000.
Perkara ini didedahkan dalam laporan terbaharu malaria dunia WHO.
Menurut WHO dalam satu kenyataan, kira-kira dua pertiga daripada kematian tambahan ini dikaitkan dengan gangguan dalam penyediaan pencegahan, diagnosis dan rawatan malaria semasa wabak itu.
Pengarah Program Malaria Global WHO, Dr Pedro Alonso berkata, dunia berada di ambang krisis malaria.
Jelasnya, bukan sahaja dunia semakin sukar membasmi malaria di peringkat global, tetapi situasi lebih buruk di sebahagian besar bahagian Afrika.
Sub-Sahara Afrika menyumbang, secara kasar untuk sekurang-kurangnya 95 peratus daripada semua kes malaria dan kematian pada 2020.
WHO juga jangkakan angka jangkitan tahun lepas mungkin lebih tinggi.
Sepanjang 15 tahun yang lalu, puluhan negara termasuk China dan El Salvador tahun ini telah menyertai barisan negara yang WHO telah klasifikasikan sebagai bebas malaria.
Di 11 negara paling teruk dilanda, kes tahunan malaria meningkat sebanyak 13 juta kepada 163 juta antara 2015 dan 2020.
Kes kematian pula meningkat lebih daripada 54,000 kepada hampir 445,000 setiap tahun setakat tahun lepas.
Astro Awani
Mon Dec 06 2021
Pengarah Program Malaria Global WHO, Dr Pedro Alonso berkata, dunia berada di ambang krisis malaria. - Foto fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.
Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal
Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.
Motosikal baharu 150cc ke atas perlu dilengkapi ABS mulai tahun depan - Ahmad Zahid
Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya,
Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.
Mpox Kecemasan Kesihatan Global, ini 6 langkah segera KKM
Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari.
Doctors Without Borders bimbang penularan mpox di Afrika
Kanak-kanak sangat terdedah kepada mpox, yang menyumbang 56 peratus daripada kes dan 79 peratus angka kematian tahun ini.
Agensi PBB gesa jeda kemanusiaan di Gaza untuk kempen vaksinasi polio
Menurut WHO, dua pusingan kempen vaksinasi polio dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos dan September 2024 di seluruh Semenanjung Gaza.
Penggunaan skrin terlalu lama faktor penyumbang kanak-kanak tidak aktif - Pakar
Menurut pakar perubatan keluarga, 81 peratus kanak-kanak tidak menjalani gaya hidup aktif.
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.