awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindak balas perubahan iklim perlu ambil kira situasi ekonomi setiap negara - Korea Selatan

Bernama
Bernama
15/12/2022
05:55 MYT
Tindak balas perubahan iklim perlu ambil kira situasi ekonomi setiap negara - Korea Selatan
Perkara itu disuarakan semasa mesyuarat Kewangan dan Timbalan Bank Pusat G20 yang diadakan di Bengaluru, India dari 13 hingga 4 Disember. - AP Newsroom
SEOUL: Korea Selatan menggesa negara Kumpulan 20 (G20) untuk mengambil kira situasi ekonomi setiap negara dan aspek yang lain dalam melaksanakan tindak balas global terhadap perubahan iklim.
Perkara itu disuarakan semasa mesyuarat Kewangan dan Timbalan Bank Pusat G20 yang diadakan di Bengaluru, India dari 13 hingga 4 Disember, menurut Kementerian Kewangan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pada mesyuarat itu, negara-negara yang mengambil bahagian membincangkan cabaran ekonomi global termasuk inflasi global, ketakjaminan makanan dan tenaga serta implikasi makroekonomi serta kaedah menyokong pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
Pegawai kanan Kementerian Kewangan Korea Selatan Jeong Byung Sik berkata, perlunya negara-negara berkongsi penilaian mengenai situasi ekonomi global dan prospek dalam menghadapi ketidaktentuan serta keadaan yang tidak memberangsangkan.
Beliau juga menggesa negara-negara untuk mengambil kira keadaan serta perbezaan situasi di setiap negara dalam menilai kesan dan menyelaraskan langkah-langkah terhadap perubahan iklim.
Menurut kementerian itu, sebarang perbandingan harus berdasarkan data objektif dan pertubuhan antarabangsa perlu memainkan peranan aktif dalam melaksanakannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#perubahan iklim
#G20
#ekonomi negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan