awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinggal dua hari lagi untuk berwukuf, Arab Saudi tingkatkan kawalan keselamatan

Bernama
Bernama
30/09/2014
13:28 MYT
Tinggal dua hari lagi untuk berwukuf, Arab Saudi tingkatkan kawalan keselamatan
5,000 kamera pemantauan yang mempunyai teknologi penglihatan malam dan boleh meliputi sehingga 60 kilometer, dipasang di Masjidilharam dan tempat suci yang lain - Gambar Fail
Bagi memastikan keselamatan jemaah haji, Arab Saudi meningkatkan kawalan keselamatan bukan sahaja dengan kehadiran pasukan keselamatannya tetapi juga dengan memasang sistem pemantauan kamera berteknologi tinggi di Masjidilharam dan tempat suci yang lain.
Portal berita online Arab News memetik Ketua Pusat Kawalan Haji Mejar Jeneral Abdullah Al-Zahrani sebagai berkata 5,000 kamera pemantauan yang mempunyai teknologi penglihatan malam dan boleh meliputi sehingga 60 kilometer, dipasang di Masjidilharam dan tempat suci yang lain.
Pengarah Pusat Pertahanan Awam di tempat suci Brig Jen Salim Al-Madhab berkata para pegawainya menggunakan teknologi sistem kedudukan global (GPS) bagi mencegah sebarang kemungkinan kemalangan di tempat suci.
Sistem itu membolehkan para penyelamat bergegas ke tempat kemalangan dalam masa yang singkat, katanya.
Katanya sebagai tambahan, pasukannya menggunakan saluran komunikasi tanpa wayar.
"Kami mula mengadakan giliran kerja 24 jam bagi memastikan keselamatan jemaah haji," Salim memberitahu Arab News.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata pasukan keselamatan telah menghalang 98,000 orang daripada memasuki Makkah kerana tidak mempunyai permit haji, manakala 25,216 kenderaan tidak dibenarkan memasuki kawasan suci kerana tidak mendapat kebenaran untuk membawa jemaah haji, dan 85 kenderaan lagi kerana melanggar peraturan berkaitan haji.
Topic Berkaitan
#Arab News
#Arab Saudi
#Haji
#Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi
#Wukuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan