[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

"Tinggalkan Gaza City sekarang" - Benjamin Netanyahu ugut penduduk Palestin

Agensi 08/09/2025 | 23:10 MYT
Netanyahu beri amaran keras kepada penduduk Gaza City agar segera meninggalkan kawasan itu, hanya beberapa jam selepas Israel mengumumkan rancangan meningkatkan serangan udara ke atas wilayah berkenaan. - Gambar fail Reuters
GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran keras kepada penduduk Gaza City agar segera meninggalkan kawasan itu, hanya beberapa jam selepas Israel mengumumkan rancangan meningkatkan serangan udara ke atas wilayah berkenaan.

“Kepada penduduk Gaza, saya ingin katakan, ambil peluang ini dan dengar dengan teliti: anda sudah diberi amaran - tinggalkan sekarang!” tegas Netanyahu.

Beliau turut mendedahkan, pasukan tentera kini sedang digerakkan dan dihimpunkan di Gaza City bagi melancarkan “manuver darat.”

Israel ketika ini giat melaksanakan operasi ketenteraan yang dikecam masyarakat antarabangsa, dengan matlamat menawan Gaza City serta memindahkan secara paksa seluruh penduduknya ke bahagian selatan. - Al Jazeera




#israel serang gaza #tinggalkan Gaza City #Benjamin Netanyahu ugut #manuver darat