awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China

Bernama
Bernama
02/05/2024
15:08 MYT
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
BEIJING: Satu tinjauan pendapat umum membabitkan 1,513 warga Perancis menunjukkan 80.2 peratus responden berpendapat China merupakan kuasa besar yang berpengaruh dan 70.3 peratus menganggap China sebagai sebuah negara yang berjaya.
Tinjauan yang dijalankan bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Universiti Renmin China itu menjelang lawatan Presiden China Xi Jinping ke Perancis turut mendapati responden Perancis menghargai pencapaian China dalam usaha memperkasa pembangunan berkualiti dan keterbukaan bertaraf tinggi.
Dalam pada itu, 91.5 peratus responden menyanjung kejayaan pembangunan China manakala 72.7 peratus berpendapat China memberi sumbangan penting kepada ekonomi dunia.
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Perancis bakal menjadi negara tetamu utama bagi Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ketujuh pada tahun ini.
Sehubungan itu, 86.2 peratus responden menyifatkan perusahaan China mempunyai pengaruh amat besar di pasaran antarabangsa, sementara 66.2 peratus berpendapat iklim perniagaan China berdaya tarikan tinggi bagi para pelabur.
Hasil tinjauan turut menunjukkan 76.7 peratus responden menganggap China merupakan sebuah negara besar yang bermandiri secara strategik.
Bagi responden dalam lingkungan umur 18 hingga 24 tahun, 75.3 peratus menyifatkan China sebagai kuasa besar yang bertanggungjawab dan menantikan negara Tembok Besar memainkan peranan lebih besar dalam tadbir urus global.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#China
#pembangunan berkualiti
#kuasa besar
#ekonomi dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan