Skip to main content

Dunia

Tokoh industri kecantikan Indonesia, Martha Tilaar, meninggal dunia

Mendiang Martha Tilaar menerima pengiktirafan sebagai antara Sustainable Development Goals (SDG) Pioneers 2018 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas usaha memajukan kelestarian melalui penglibatan komuniti. - Martha Tilaar Group
Mendiang Martha Tilaar menerima pengiktirafan sebagai antara Sustainable Development Goals (SDG) Pioneers 2018 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas usaha memajukan kelestarian melalui penglibatan komuniti. - Martha Tilaar Group

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pengasas jenama kosmetik Sariayu, Martha Tilaar, meninggal dunia pada Rabu ketika usia 89 tahun.

Pemergiannya diumumkan Martha Tilaar Group menerusi kenyataan di media sosial, yang menyifatkan beliau sebagai tokoh penting dalam industri kecantikan Indonesia serta pemeliharaan warisan kecantikan tradisional.

“Dedikasi, pencapaian dan semangat beliau dalam memajukan industri kecantikan serta memelihara warisan Indonesia akan terus hidup dan menjadi inspirasi kepada kami selama-lamanya,” menurut kenyataan itu.

Martha, yang dilahirkan pada 4 September 1937 di Kebumen, Jawa Tengah, memulakan perniagaan dengan membuka Martha’s Salon di Jakarta pada 1970 sebelum menubuhkan Sariayu Indonesia pada 1983.

Beliau turut mengembangkan perniagaannya menerusi Martina Berto, pengeluar kosmetik dan produk herba, selain mempopularkan penggunaan ramuan botani tempatan dalam produk kecantikan.

Martha menerima pengiktirafan sebagai antara Sustainable Development Goals (SDG) Pioneers 2018 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas usaha memajukan kelestarian melalui penglibatan komuniti.

Beliau meninggalkan dua anak kandung, dua anak angkat dan sembilan cucu.

Must Watch Video

Advertisement