Tonga alami 'kerosakan besar' akibat letusan gunung berapi - Jacinda Ardern

Agensi
Januari 16, 2022 08:26 MYT
Imej satelit menunjukkan letusan besar di gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Haapai pada Sabtu, dengan kepulan abu, gas dan wap. - Foto REUTERS
IBU NEGARA Tonga, Nuku’alofa mengalami impak besar akibat letusan gunung berapi bawah laut berdekatan negara itu pada Sabtu.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, kesan keseluruhan kepada negara itu masih belum jelas kerana capaian telefon dan internet di seluruh negara terjejas dipercayai akibat letusan.
“Komunikasi dengan Tonga masih terhad. Kabel komunikasi utama bawah laut terjejas, kemungkinan akibat kehilangan bekalan tenaga sekali gus mengehadkan komunikasi,” kata Ardern dalam sidang media pada Ahad.
“Namun, Kedutaan New Zealand di Tonga melaporkan bahawa kejadian tsunami memberi impak besar kepada pesisir depan di bahagian utara Nuku’alofa, dengan bot-bot dan puing batu-bata terdampar.”
BACA: Tsunami landa Pantai Pasifik Jepun selepas letusan gunung berapi di Tonga
Tambahnya, Nuku’alofa dilaporkan diselaputi abu dan habuk tebal daripada letusan gunung berapi terbabit.
Sehingga kini, tiada laporan rasmi diterima berhubung kecederaan atau kehilangan nyawa di Tonga, namun mungkin berpunca daripada isu telekomunikasi di negara berkenaan.
Ketika ini, usaha untuk memulihkan capaian telefon dan internet sedang giat dijalankan, manakala bekalan elektrik sudah beransur pulih di beberapa kawasan di ibu negara.
“Pihak berkuasa telekomunikasi bertungkus-lumus memulihkan komunikasi. Namun, penilaian impak secara rasmi masih belum jelas,” kata Ardern.
Imej satelit menunjukkan letusan besar di gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai pada Sabtu, dengan kepulan abu, gas dan wap.

1.14.2022: (correction on date) Large volcanic eruption near Tonga (Hunga Tonga-Hunga Ha'apai volcano) today as seen from outer space. Shown on visible imagery using the Himawari satellite. #hiwx #tsunami #earthquake pic.twitter.com/Y18W7wvXl9

— NWSHonolulu (@NWSHonolulu) January 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan letusan, amaran tsunami turut dikeluarkan di Chile, Hawaii dan Alaska dengan penduduk-penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai diarahkan berpindah.
#Tonga #tsunami #letusan #New Zealand