[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Tongkang karam di Nagasaki, 3 selamat, 3 lagi hilang

Bernama 22/08/2017 | 04:46 MYT
Mangsa diselamatkan dilaporkan dalam keadaan baik dan operasi mencari tiga lagi mangsa diteruskan. - Gambar hiasan
Tiga orang berjaya diselamatkan manakala tiga lagi masih hilang selepas sebuah tongkang karam di Hirado, Nagasaki awal pagi tadi, memetik sumber media tempatan lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut Pengawal Pantai Jepun, tongkang membawa muatan 100 tan dan enam anak kapal itu karam kira-kira pukul 3.40 pagi waktu tempatan selepas menghantar isyarat kecemasan.
Mangsa diselamatkan dilaporkan dalam keadaan baik dan operasi mencari tiga lagi mangsa diteruskan.
-- BERNAMA
#Jepun #Nagasaki #selamat #tongkang karam