DUNIA
Tony Blair penjenayah perang, tidak layak teraju usaha damai Palestin-Israel - Penganalisis
Blair (gambar) dinamakan sebagai anggota pertama 'Board of Peace' yang dipengerusikan Trump, yang akan diberi mandat mengurus pentadbiran sementara Gaza sebaik pertempuran dihentikan. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak layak menerajui usaha damai Palestin-Israel.
Ringkasan AI
Pengarah Institut Pengajian Antarabangsa dan ASEAN (IINTAS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Phar Kim Beng berkata Blair mempunyai rekod sebagai dalang utama yang mendorong AS mencetuskan Perang Iraq pada 2003.
"Individu yang dicalonkan itu langsung tidak serasi dengan aspirasi orang Arab dan dunia. Tony Blair ada latar belakang yang buruk.
“Malah beliau dikenali sebagai penjenayah perang berdasarkan sumber WikiLeaks yang dibocorkan oleh Julian Assange, yang mendedahkan Blair sebagai dalang utama (perang Iraq).
“Ini kerana, beliau banyak menulis kepada bekas Presiden AS George Bush. Maksudnya, London atau Blair yang menggalakkan AS untuk memulakan perang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berpandangan banyak pihak mengambil sikap berhati-hati untuk menerima sepenuhnya pelan damai AS itu.
"Banyak pihak yang berhati-hati dengan cadangan yang dikemukakan oleh Trump. Kita juga tahu individu yang dicadangkan untuk menjadi orang tengah bagi memastikan perancangan ini direalisasikan ialah Tony Blair.
“Blair ada sejarah yang cukup buruk kerana dia terlibat langsung dalam serangan ke atas Iraq. Semua tahu penglibatan langsung Blair ini.
"Sudah tentu apabila individu seperti ini diketengahkan oleh Trump, maka pihak yang ada kepentingan di Asia Barat akan ambil sikap lebih berhati-hati memandangkan individu itu tidak layak jadi orang penting untuk pastikan pelan perdamaian dapat direalisasikan,” ujarnya.
Pada Selasa, Trump mengumumkan Blair bakal menganggotai badan antarabangsa yang ditubuhkan untuk memantau proses peralihan Gaza di bawah pelan tajaan Washington bagi menamatkan perang hampir dua tahun.
Blair dinamakan sebagai anggota pertama “Lembaga Keamanan” (Board of Peace) yang dipengerusikan sendiri oleh Trump. Badan itu akan diberi mandat mengurus pentadbiran sementara Gaza sebaik sahaja pertempuran dihentikan.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Tony Blair dianggap tidak layak mengetuai usaha damai Palestin-Israel kerana rekod buruknya dalam konflik antarabangsa, khususnya penglibatannya dalam Perang Iraq 2003. Blair didakwa sebagai dalang utama yang mendorong AS memulakan perang melalui surat-menyurat dengan Presiden George Bush, dan digambarkan sebagai penjenayah perang berdasarkan pendedahan WikiLeaks. Pelantikan Blair oleh Trump sebagai anggota 'Lembaga Keamanan' untuk Gaza menimbulkan keraguan dan menyebabkan pihak berkepentingan di Asia Barat mengambil sikap berhati-hati terhadap pelan damai tajaan AS.