DUNIA
Tony Blair sertai mesyuarat pasca-perang Gaza bersama Trump di White House
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, menyertai mesyuarat di White House yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi membincangkan rancangan untuk Gaza selepas perang. - Gambar fail
WASHINGTON: Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, menyertai mesyuarat di White House yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bagi membincangkan rancangan untuk Gaza selepas perang, lapor BBC.
Menurut portal Axios, menantu Trump yang juga bekas penasihat kanan, Jared Kushner, turut hadir bersama Utusan Khas AS ke Timur Tengah, Steve Witkoff yang menyatakan AS sedang merangka pelan komprehensif mengenai “hari selepas” konflik."
Mesyuarat itu berlangsung ketika tentera Israel memberi amaran bahawa pemindahan penduduk Gaza City “tidak dapat dielakkan” susulan operasi ketenteraan yang semakin giat.
Saksi memaklumkan, kereta kebal Israel mara ke kawasan baharu di utara bandar itu pada Selasa malam, memusnahkan rumah dan memaksa lebih ramai penduduk melarikan diri.
Hampir sejuta penduduk masih tinggal di bandar itu walaupun kebanyakan sudah berpindah akibat pertempuran.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan NGO antarabangsa memberi amaran bahawa serangan darat besar-besaran di Gaza City, yang minggu lalu diisytihar mengalami kebuluran, bakal memberi kesan kemanusiaan amat dahsyat.
Witkoff dalam wawancara bersama Fox News menjangkakan perang Gaza boleh ditamatkan dalam tempoh empat bulan, sambil menegaskan, pelan pasca-perang itu mencerminkan “motif kemanusiaan” Trump.
Bagaimanapun, White House tidak mengesahkan kenyataan tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio bertemu Menteri Luar Israel, Gideon Saar di Washington pada Rabu, di tengah tekanan antarabangsa agar operasi Israel dihentikan.
Trump sebelum ini pernah mencadangkan agar penduduk Gaza dipindahkan ke negara jiran, dengan AS mengambil alih wilayah itu untuk dijadikan “Riviera Asia Barat.”
Di lapangan, serangan berterusan mengorbankan puluhan ribu nyawa.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang dikuasai Hamas, hampir 62,900 penduduk terbunuh sejak serangan balas Israel dilancarkan selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang di Israel serta menyebabkan 251 dijadikan tebusan.
Lebih 90 peratus kediaman di Gaza dilaporkan musnah atau rosak, manakala sistem kesihatan, bekalan air dan sanitasi runtuh sepenuhnya. - Agensi