awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Toyota tarik balik 1.75 juta kenderaan di seluruh dunia

Agensi
Agensi
15/10/2014
15:28 MYT
Toyota tarik balik 1.75 juta kenderaan di seluruh dunia
Antara model yang ditarik balik termasuklah jenama mewah Lexus dan Crown Majesta.
Toyota bakal menarik balik 1.75 juta model kenderaannya di seluruh dunia ekoran masalah brek serta gangguan lain yang boleh menimbulkan risiko kebakaran.
Syarikat pembuat kereta terbesar dunia dari Jepun itu memaklumkan bahawa sebahagian besar masalah pada bahagian brek ini dikenal pasti melibatkan 802,000 model di Jepun dan China, yang dihasilkan dari Jun 2007 dan Jun 2012.
Antara model yang ditarik balik termasuklah jenama mewah Lexus dan Crown Majesta.
"Brek menjadi tidak berkesan yang menyebabkan prestasi brek merosot secara beransur," kata satu kenyataan oleh Toyota.
Isu lain melibatkan paip penghantaran bahan api pada 759,000 kenderaan, termasuk model Lexus dan Crown Majesta model dibuat antara Januari 2005 dan September 2010, yang boleh meningkatkan risiko kebakaran "dengan kehadiran sumber pencucuhan".
Lebih separuh daripada kereta yang terjejas telah dijual di Amerika Syarikat.
Satu masalah lagi dengan 109,000 kereta di Jepun dikaitkan dengan plat bahan api sedutan yang juga boleh mencetuskan risiko kebakaran, kata firma itu. Kereta-kereta terbabit telah dibuat di antara Oktober 2006 dan Oktober 2014.
Pengumuman itu dibuat kira-kira empat bulan selepas Toyota menarik balik 2.27 juta kenderaan di seluruh dunia disebabkan oleh kecacatan pada beg udara yang gagal berfungsi ketika kemalangan dan berisiko menyebabkan kebakaran.
Toyota telah memanggil balik hampir 11 juta kenderaan sejak awal tahun ini, yang sekali gus memberi tamparan hebat kepada Toyota yang terkenal dengan reputasi cemerlang untuk kualiti dan keselamatan.
Antara pengumuman yang dibuat ialah pada Februari lalu, di mana sebanyak 1.9 juta unit kereta hibrid jenis Toyota Prius telah ditarik balik.
Topic Berkaitan
#China
#Dunia
#Jepun
#kenderaan
#tarik balik
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan