SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Singapura Heng Swee Keat memutuskan untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Bagaimanapun, beliau akan kekal sebagai timbalan perdana menteri, namun keputusannya secara efektif bermaksud beliau tidak akan menjadi perdana menteri yang seterusnya di republik itu.
Menerusi suratnya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang disiarkan dalam laman web rasmi perdana menteri, Heng berkata keputusan itu diambil "selepas pertimbangan dan perbincangan teliti dengan keluarganya".
"Saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua pasukan 4G, agar pemimpin lebih muda yang mempunyai masa lebih panjang dapat mengambil alih peranan itu.
"Pasukan 4G akan memilih individu itu, dan saya bersedia menyokong pemimpin seterusnya," kata Heng yang kini berusia 60 tahun.
Beliau berkata Singapura memerlukan seorang pemimpin yang bukan sahaja akan membangunkan semula Singapura pasca-COVID, tetapi juga memimpin fasa seterusnya dalam usaha membangunkan negara.
"Tahun ini, usia saya 60 tahun. Oleh kerana krisis ini (COVID-19) akan berpanjangan, usia saya akan mencecah hampir pertengahan 60-an apabila krisis ini berakhir.
Umur 60-an merupakan tempoh kehidupan yang sangat produktif.
"Tetapi, apabila saya melihat usia tiga perdana menteri pertama semasa mula menyandang jawatan itu, saya akan mempunyai masa persiapan yang singkat sekiranya saya menjadi perdana menteri nanti," katanya.
Heng berkata perdana menteri yang akan datang perlu mempunyai masa yang lebih panjang - untuk menguasai permintaan dalam memimpin negara; membentuk dan melihat strategi jangka panjang untuk negara; dan memenangi keyakinan dan sokongan rakyat Singapura untuk membina masa hadapan bersama.
Ahli Parlimen GRC Pantai Timur itu adalah penolong setiausaha agung pertama PAP.
Sementara itu, dalam surat balasannya yang turut disiarkan dalam laman web itu, Lee berkata beliau memahami dan menghormati keputusan Heng.
Perdana Menteri berkata beliau gembira apabila Heng bersetuju untuk kekal dalam Kabinet sebagai timbalannya dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.
Lee berkata Heng akan melepaskan portfolio kewangan dalam rombakan Kabinet berikutnya.
"Anda telah melakukan tugas yang luar biasa sebagai Menteri Kewangan, khususnya pada tahun lepas dalam keadaan mencabar akibat pandemik COVID-19," kata Lee.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021
Heng Swee Keat memutuskan untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP). -Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Selepas tiga bulan, siapa 'frontrunner' calon Perdana Menteri Singapura?
Kerajaan Singapura berfungsi seperti biasa dengan masing-masing menjalankan peranan baharu mereka selepas rombakan drastik Kabinet.
Kabinet Singapura dirombak, tujuh menteri bertukar portfolio
Selepas dua minggu Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat memutuskan untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP).
TPM Singapura letak jawatan sebagai ketua pasukan 4G PAP
Heng berkata keputusan itu diambil "selepas pertimbangan dan perbincangan teliti dengan keluarganya".
Singapura umum bajet "Muncul Kukuh Bersama" bernilai S$107 bilion
Singapura telah memperuntukkan sejumlah S$107 bilion di bawah bajet 'Muncul Kukuh Bersama'.
Singapura tambah S$8 bilion bagi langkah-langkah sokongan untuk pekerja dan perniagaan
Ia merupakan tambahan kepada S$100 bilion dalam empat belanjawan yang diumumkan sebelum ini.
PRU Singapura: Cabaran utama PAP kekalkan undi popular
Undi popular PAP yang semakin menurun menjadi satu persoalan besar dalam membuat jangkaan dominasi mereka.
40,000 peluang pekerjaan akan diwujud menerusi pakej rangsangan ekonomi keempat Singapura
Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan republik itu, Heng Swee Keat, pakej ransangan ekonomi yang dikenali sebagai Fortitude Budget itu bernilai S$33 bilion (RM101 bilion).
COVID-19: Singapura umum bajet solidariti bernilai S$5.1 bilion
Dalam peruntukan itu, S$4 bilion akan disalurkan kepada sokongan tambahan untuk perniagaan dan pekerja dan S$1.1 bilion adalah untuk Pembayaran Solidariti.
Sultan Johor berkenan terima kunjungan TPM Singapura
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Bukit Serene di sini pada Rabu.
Heng Swee Keat dilantik TPM Singapura berkuat kuasa 1 Mei
Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura berkata Heng kekal sebagai Menteri Kewangan dan akan terus mempengerusikan Majlis Ekonomi Masa Hadapan serta Yayasan Penyelidikan Kebangsaan.