awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Thai disiasat berhubung jam tangan mewah dan cincin berlian

Bernama
Bernama
08/12/2017
08:00 MYT
TPM Thai disiasat berhubung jam tangan mewah dan cincin berlian
Jen Prawit Wongsuwon baru-baru ini berkata beliau akan memberi maklumat tentang kedua-dua barangan mewah itu kepada NACC seperti yang dikehendaki dan tidak akan melayan soalan daripada wartawan berhubung perkara itu. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) akan meminta Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwon memberi penjelasan berhubung jam tangan mewah dan cincin berlian yang dipakainya semasa menghadiri satu majlis rasmi baru-baru ini.
Pengerusi NACC Watcharapol Prasarnratchakij berkata sepucuk surat akan dihantar kepada Prawit tidak lama lagi bagi meminta beliau menjelaskan tentang dua barangan itu, yang tidak disenaraikan dalam perisytiharan harta sebelum beliau menjawat jawatan pada 2014.
"Kami hendak tahu bagaimana beliau memperoleh barangan itu dan sama ada terdapat bukti bahawa barangan itu dibeli atau diwarisi," katanya seperti yang dipetik media tempatan di sini pada Jumaat.
Prawit, yang juga menteri pertahanan dan seorang anggota kanan kerajaan yang diterajui tentera, dilihat memakai kedua-dua barangan mewah itu semasa sesi bergambar bersama-sama anggota Kabinet baharu pada Isnin lepas.
Gambar beliau memakai cincin dan jam tangan mewah itu, yang dipercayai media berjenama Richard Mille dianggarkan bernilai antara lebih 4 juta Baht (kira-kira RM516,000) hingga 10 juta Baht (about RM1.3 juta), menimbulkan kekecohan di kalangan media selain mengundang kritikan awam.
Menurut media tempatan, jam tangan mewah seperti itu juga pernah dipakai pemain tenis terkemuka dunia, Rafael Nadal.
Timbalan perdana menteri, ketika ditanya media baru-baru ini, berkata beliau akan memberi maklumat tentang kedua-dua barangan mewah itu kepada NACC seperti yang dikehendaki dan tidak akan melayan soalan daripada wartawan berhubung perkara itu.
Sementara itu, turut dibangkitkan adalah persoalan sama ada Watcharpol, yang merupakan bekas pembantu Prawit, akan dapat menyiasat bekas ketuanya itu.
Watcharpol berkata siasatan akan dijalankan berpandukan undang-undang dan mana-mana pesuruhjaya NACC yang mempunyai konflik kepentingan akan dilarang daripada menyertai siasatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cincin
#jam tangan
#Jen Prawit Wongsuwon
#NACC
#penjelasan
#perisytiharan harta
#Rafael Nadal
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand
#Thailand
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Watcharapol Prasarnratchakij
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan