KUALA LUMPUR: Jumlah trafik penumpang udara melonjak 31 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023 apabila momentum pemulihan selepas pandemik berterusan, mencapai 94.2 peratus daripada tahap prapandemik, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Pada separuh pertama 2023, hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 47.2 peratus berbanding tahun lepas walaupun trend pemulihan berbeza-beza di seluruh wilayah, kata IATA.
"Trafik domestik meningkat 27.2 peratus tahun ke tahun pada Jun, melebihi RPK prapandemik sebanyak 5.1 peratus. Hasil ini tercapai didorong oleh prestasi kukuh pasaran domestik utama," kata IATA dalam laporan analisis pasaran penumpang udara terbaharunya.
IATA berkata jumlah RPK antarabangsa meningkat 33.7 peratus daripada tahap dicatatkan pada Jun 2022, mengekalkan pemulihan kukuh tahun ini.
"Khususnya syarikat penerbangan di Asia Pasifik mengekalkan momentum pertumbuhan mereka, dirangsang oleh permintaan perjalanan udara yang berdaya tahan di rantau ini," katanya.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata musim perjalanan pada musim panas di hemisfera Utara bermula dengan kukuh pada bulan Jun dengan pertumbuhan permintaan dua angka dan faktor muatan purata melebihi 84 peratus.
"Pesawat penuh..ia merupakan berita baik untuk syarikat penerbangan, ekonomi tempatan dan pekerjaan, bergantung kepada perjalanan dan pelancongan. Semua mendapat manfaat daripada pemulihan berterusan industri," katanya dalam satu kenyataan.
Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mempunyai 128.1 peratus kenaikan trafik pada Jun 2023 berbanding Jun 2022, ia merupakan peratusan keuntungan terbesar di rantau tersebut.
Kapasiti meningkat 115.6 peratus dan faktor beban melonjak sebanyak 4.6 mata peratusan kepada 82.9 peratus.
Walsh berkata selagi permintaan perjalanan udara kukuh, ia dijangka akan mencatatkan prestasi lebih baik.
"Permintaan melebihi pertumbuhan kapasiti. Masalah yang didokumentasikan dengan baik dalam rantaian bekalan penerbangan bermakna banyak syarikat penerbangan tidak menerima penghantaran semua pesawat baharu yang lebih mesra alam mereka jangkakan manakala banyak pesawat tidak bergeraka kerana menunggu alat ganti yang kritikal," katanya.
Selain itu, beliau berkata bagi armada pesawat yang sedang dalam perkhidmatan, beberapa penyedia perkhidmatan navigasi udara (ANSP) gagal memberikan kapasiti dan daya tahan diperlukan untuk memenuhi permintaan perjalanan.
"Kelewatan dan jadual penerbangan dIkurangkan mengecewakan penumpang dan syarikat penerbangan. Kerajaan tidak boleh terus mengabaikan akauntabiliti ANSP di tempat di mana rejim hak penumpang meletakkan beban tanggungjawab ke atas syarikat penerbangan," katanya.
IATA mewakili kira-kira 300 syarikat penerbangan yang terdiri daripada 83 peratus daripada trafik udara global dan statistiknya meliputi jadual trafik udara antarabangsa dan domestik untuk syarikat penerbangan ahli dan bukan ahli.
Jumlah bahagian pasaran trafik penumpang mengikut rantau bagi pesawat untuk 2022 daripada segi RPK adalah Asia-Pasifik (22.1 peratus), Eropah (30.8 peratus), Amerika Utara (28.8 peratus), Timur Tengah (9.8 peratus), Amerika Latin (6.4 peratus) dan Afrika (2.1 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mempunyai 128.1 peratus kenaikan trafik pada Jun 2023 berbanding Jun 2022. - Gambar fail/REUTERS
TikTok beritahu pengguna AS perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok kesal terhadap undang-undang AS yang mengharamkan aplikasi itu.
ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad
Guna pakai ASEAN secara efektif dalam melaksanakan langkah bermakna untuk membendung krisis iklim.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA
Pasaran pengangkutan udara global menunjukkan permintaan kargo udara kembali pulih pada 2023 dengan prestasi suku keempat yang kukuh.
Trafik penumpang global meningkat 26.2 peratus pada Julai 2023 - IATA
Trafik global kini berada pada 95.6 peratus daripada tahap sebelum COVID-19, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Trafik penumpang udara meningkat 31 peratus pada Jun 2023 - IATA
Jumlah trafik penumpang udara melonjak 31 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023 apabila momentum pemulihan selepas pandemik berterusan.
Pertumbuhan perjalanan udara Mac berterusan - IATA
Perjalanan udara telah mencatatkan pertumbuhan permintaan yang kukuh bagi Mac 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Perjalanan udara terus pulih dengan kukuh pada April - IATA
Perjalanan udara meneruskan aliran pemulihan yang kukuh pada April walaupun perang di Ukraine dan sekatan perjalanan di China, didorong terutamanya oleh permintaan antarabangsa.
IATA: Permintaan perjalanan udara Januari 2022 meningkat 82.3 peratus meskipun penularan Omicron
Jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Januari 2022 meningkat 82.3 peratus tahun ke tahun namun jatuh 4.9 peratus berbanding Disember 2021, kata IATA.
IATA sambut baik pembukaan semula sempadan Malaysia
IATA mewakili kira-kira 290 syarikat penerbangan yang menyumbang 83 peratus daripada trafik udara global.
Permintaan perjalanan domestik naik pada April 2021 - IATA
Pemulihan dalam perjalanan penumpang antarabangsa telah terhenti berikutan sekatan perjalanan yang dikenakan oleh kerajaan.
Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA
Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.