PEMILIK trak pembinaan yang menyebabkan kemalangan kereta api terburuk di Taiwan, yang menyebabkan 48 orang maut, menangis sambil memohon maaf ketika ditahan polis di rumahnya.

Terdapat masalah teknikal pada brek kecemasan trak itu, menurut pusat bencana kerajaan.

Siasatan sedang dijalankan mengenai bagaimana sebenarnya kenderaan ituu tergelincir ke landasan daripada sebuah tapak pembinaan berhampiran di daerah Hualien timur.

BACA: Tragedi kereta api Taiwan: Puluhan disahkan maut, kerja menyelamat berdepan kesukaran

"Saya telah menyebabkan kemalangan serius serta kematian dan kecederaan. Saya kesal dan minta maaf," Lee Yi-Hsiang, yang juga merupakan pengurus tapak pembinaan tersebut.

"Saya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sepenuhnya dan bertanggungjawab atas apa yang terjadi," tambahnya.

Pendakwaraya di daerah Hualien sebelum ini memaklumkan mereka meminta waran tangkap bagi menahan pemilik trak itu.

Mahkamah daerah Hualien pada awalnya mengizinkan Lee untuk diikat jamin 500,000 dolar Taiwan tetapi keputusan itu dibatalkan Mahkamah Tinggi, lapor Pusat Berita Pusat Taiwan.

[INFOGRAFIK] Kereta api penumpang tergelincir landasan di Taiwan



Kemalangan | 51 maut kereta api tergelincir di Taiwan