INTERNATIONAL
Tragedi serangan Christchurch: Kawasan masjid masih penuh dengan kenderaan mangsa
Kenderaan di kawasan Masjid Al-Noor masih tidak berganjak.-Foto Mail Online
KAWASAN perkarangan Masjid Al-Noor masih dipenuhi dengan kenderaan milik para jemaah yang menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Sudah hampir empat hari kenderaan di situ tidak berganjak atau dibawa pulang oleh waris atau keluarga selepas insiden itu berlaku.
Dipercayai rata-rata pemilik kenderaan tersebut terdiri daripada 50 mangsa yang terkorban semasa kejadian.
Tambahan lagi, kenderaan tersebut tidak dituntut oleh mangsa yang terselamat atau waris kerana mereka masih berada dalam keadaan trauma, sedih, dan berkabung.
Susulan tragedi serangan pengganas yang berlaku di Christchurch melibatkan pembunuhan kejam oleh Brenton Tarrant,28 terhadap umat Islam semasa menunaikan solat Jumaat.
Kejadian itu melakar sejarah hitam buat New Zealand dan memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat di seluruh dunia.
Masyarakat serata dunia turut berkongsi kesedihan dan memberi sokongan moral buat keluarga mangsa terutamanya di media sosial serta menziarahi tempat kejadian untuk memberi penghormatan.
#Brenton Tarrant
#Christchurch
#keluarga
#kenderaan
#Masjid Al-Noor
#New Zealand
#pengganas
#serangan
#Solat Jumaat