DUNIA
Trak bantuan terbalik di Gaza, 20 terbunuh dan puluhan cedera
Dua puluh rakyat Palestin terbunuh dan puluhan cedera apabila sebuah trak bantuan terbalik di Semenanjung Gaza, dipercayai akibat dipaksa melalui laluan tidak selamat oleh tentera Israel. -Gambar fail/AP
GAZA: Dua puluh rakyat Palestin terbunuh dan puluhan cedera pada Rabu apabila sebuah trak yang membawa bantuan terbalik menimpa orang ramai di bahagian tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.
Ringkasan AI
Menurut sumber tempatan, insiden itu berlaku ketika sejumlah besar orang awam, ramai yang mengalami kebuluran teruk, berkumpul untuk menerima bantuan kemanusiaan di tengah-tengah sekatan dan pencerobohan tentera yang berterusan.
Mereka berkata trak itu terbalik selepas tentera Israel didakwa memaksanya menggunakan jalan yang tidak selamat.
Tragedi itu menonjolkan skala bencana kemanusiaan di Gaza, apabila usaha mendapatkan makanan asas pun telah menjadi ancaman nyawa.
Menurut angka rasmi, 52 pekerja bantuan terbunuh dan 352 cedera setakat semalam.
Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan kini meningkat kepada 1,568, dengan 11,230 cedera.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua puluh rakyat Palestin terbunuh dan puluhan cedera apabila sebuah trak bantuan terbalik di Semenanjung Gaza, dipercayai akibat dipaksa melalui laluan tidak selamat oleh tentera Israel.
- Insiden ini berlaku ketika orang awam yang mengalami kebuluran berkumpul untuk mendapatkan bantuan, mencerminkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.
- Setakat ini, 1,568 rakyat Palestin terbunuh dan 11,230 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan, manakala 52 pekerja bantuan turut terkorban dan 352 lagi cedera.