awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trampolin angin meletup, budak 3 tahun maut terpelanting 6 meter ke udara

Agensi
Agensi
10/03/2020
00:09 MYT
Trampolin angin meletup, budak 3 tahun maut terpelanting 6 meter ke udara
Abbie mendakwa dia terdengar bunyi dentuman kuat yang sangat kuat sebelum terlihat anak saudara perempuannya itu "terbang" ke udara setinggi 6 meter sebelum terjatuh di pantai. -Foto NZ Herald
SEORANG kanak-kanak perempuan maut selepas tercampak dari trampolin angin yang meletup ketika bermain di taman permainan Bounce-About di pantai Norfolk, United Kingdom.
Kanak-kanak itu, Ava-May, datang ke taman permainan berkenaan bersama ibu bapa, saudara-mara dan kenalan rapatnya, lapor NZ Herald.
Pada prosiding inkues insiden tersebut, mak cik Ava-May, Abbie, mendakwa dia terdengar bunyi dentuman kuat yang sangat kuat sebelum terlihat anak saudara perempuannya itu "terbang" ke udara setinggi 6 meter sebelum terjatuh di pantai.
Sebelum kejadian, Abbie memberitahu mahkamah bahawa trampolin tersebut juga kelihatan seperti "mampat dengan angin."
“Pada mulanya saya tidak perasan, saya ingat ia sememangnya begitu dan memerlukan tekanan udara yang banyak,” ujar Abbie.
Abbie berkata, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi letupan yang kuat dari arah trampolin berkenaan dan seorang kakitangan wanita cuba menyambut Ava ketika dia tercampak ke udara.
Rakan Abbie, Beth, yang juga seorang jururawat cuba menyelamatkan Ava selepas dia terjatuh dari trampolin namun tidak berjaya.
Dalam satu kenyataan dia berkata, Ava "terbang" dengan begitu tinggi, kira-kira 20 kaki ke udara.
Beth juga memberitahu kepala Ava terhentak ketika jatuh.
Ava kemudiannya dibawa ke hospital, di mana dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Ibu Ava-May, Chloe berkata dia amat terkejut melihat anaknya terbaring tidak bermaya di atas pasir.
"Ia seperti berada dalam mimpi buruk yang dahsyat, semuanya berlaku di hadapan saya dan saya berharap saya dapat menyambutkan (semasa Ava jatuh).
"Apabila mereka beritahu dia tidak lagi bernyawa, saya rasa seluruh dunia saya musnah.
"Saya Cuma ingin Ava tahu yang saya sayangkan dia,” kata Chloe.
Kronologi kejadian pada 1 Julai 2018 itu didedahkan dalam prosiding inkues yang bermula pada Isnin.
Prosiding inkues dijangka mengambil masa sembilan hari bermula hari ini.
Topic Berkaitan
#Abbie
#Ava-May
#Beth
#Bounce-About
#Chloe
#Norfolk
#prosiding inkues
#trampolin angin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan