DUNIA
Tren baharu dilancarkan di laluan dengan panaroma indah di Jepun
Jentera berkenaan merupakan tren baharu yang diperkenalkan syarikat itu selepas 20 tahun. - Gambar/ Bernama
YOKOHAMA: Syarikat tren Jepun Enoshima Electric Railway Co. yang popular dengan pemandangan indah pesisir laut sepanjang laluannya dan lintasan kereta api yang sering ditampilkan dalam komik popular termasuk siri animasi Slam Dunk, melancarkan tren baharu pada Jumaat yang akan mula beroperasi musim bunga ini (sekitar Mac).
Menurut Kyodo News, tren berkenaan, sebuah model siri 700, direka bentuk dengan sebahagian rak bagasi dialihkan dan kerusi disusun semula serta pemegang diselaraskan bagi membolehkan penumpang menikmati pemandangan laut dari mana-mana tempat duduk.
Landasan itu menghubungkan antara Fujisawa dan Kamakura yang merupakan destinasi popular bagi pelancong luar negara, yang terletak di bahagian selatan Wilayah Kanagawa berdekatan Tokyo.
Presiden syarikat itu Satoshi Kuroda berharap penumpang akan menikmati pengalaman menaiki tren dengan panorama indah.
Jentera berkenaan merupakan tren baharu yang diperkenalkan syarikat itu selepas 20 tahun.
-- BERNAMA