DUNIA
Tribune kini milik pengasas Islam Channel, era baharu bagi majalah ikonik Britain
Pengasas Islam Channel, Mohamed Ali Harrath mengambil alih majalah ikonik Tribune, menjanjikan hala tuju progresif sambil mengekalkan nilai sosialis dan anti-imperialis. - Foto Tribune
LONDON: Dalam satu langkah yang mencetuskan perhatian ramai, Tribune sebuah majalah berhaluan kiri yang pernah disunting oleh George Orwell kini telah diambil alih oleh Mohamed Ali Harrath, pengasas Islam Channel.
Pengambilalihan ini menandakan permulaan baharu bagi Tribune, majalah yang sejak 1937 menjadi suara utama bagi gerakan Buruh dan idea-idea sosialis.
Sepanjang sejarahnya, Tribune telah menerbitkan karya tokoh hebat seperti H.G. Wells dan George Bernard Shaw.
Ringkasan Pengambilalihan
Pemilik Baharu: Mohamed Ali Harrath;
Pengerusi Tribune: Mohamed Ali Harrath;
Penasihat Utama: Jon Trickett (Ahli Parlimen Buruh);
Fokus Editorial: Menambah kekerapan penerbitan, kekal dengan nilai sosialis dan anti-imperialis; dan
Latar Belakang Harrath: Pelarian politik dari Tunisia yang menentang pemerintahan diktator Ben Ali;
Walaupun Tribune sudah lama dikenali sebagai majalah progresif dan anti-fasis, pengambilalihan ini mencetuskan perbincangan kerana kaitan Harrath dengan Islam Channel, sebuah saluran TV yang pernah dikritik.
Pada 2023, Islam Channel yang kini dikendalikan oleh anak beliau, Mohamed Harrath Jr dikenakan denda £40,000 oleh badan penyelia penyiaran UK, Ofcom, selepas menyiarkan dokumentari berunsur teori konspirasi, The Andinia Plan.
Namun, Harrath menegaskan bahawa Tribune akan mengekalkan kebebasan editorial dan terus berpegang kepada prinsip asalnya.
“Masa depan Tribune sepatutnya memberi harapan kepada sesiapa sahaja yang mahu perubahan sebenar dan dunia yang lebih baik,” kata Harrath.
Sokongan daripada ahli politik
Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Jon Trickett yang mengetuai lembaga penasihat Tribune, menyambut baik perubahan ini.
Beliau percaya pengambilalihan ini akan memperluaskan ruang kepada suara-suara yang sering diketepikan oleh media arus perdana.
“UK perlukan media alternatif yang memberi ruang kepada sosialis, ahli kesatuan, aktivis keamanan, dan pejuang keadilan sosial,” ujar Trickett.
Hala tuju baharu Tribune
Nota editorial di laman web Tribune menjanjikan “pengembangan yang bercita-cita tinggi” melepasi penerbitan suku tahunan sedia ada, dengan rancangan untuk memperluas mesej progresifnya dalam keadilan sosial dan hal ehwal global.
Islam Channel pula menggambarkan pengambilalihan ini sebagai lanjutan semula jadi kepada “tradisi anti-fasis, anti-imperialis dan advokasi untuk keamanan dan kesaksamaan” - naratif yang selari dengan misi sejarah Tribune.
'Meja kerja' Orwell kini diduduki oleh pemegang panji baharu, menandakan permulaan babak segar bagi sebuah penerbitan yang sarat dengan gema sejarah dan pengaruh global.